Cerita Hati Tentang Perjalanan Kehidupan
Wednesday, February 18, 2026
Nak mula jana income pasif dengan Honeygain?
RAHSIA MAKAN KEK FREE dari Secret Recipe!
RYT Bank – Daftar Sekarang, RM1 Je!
Monday, July 19, 2021
Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah
Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan wabak COVID-19. Namun ini tidak bermaksud kita tidak dapat melakukan amalan yang baik pada hari wukuf di Arafah.

Amalan yang paling mudah dan amat istimewa yang boleh kita lakukan pada hari ini adalah berdoa dan berzikir. Ini kerana pada hari istimewa ini merupakan waktu berdoa yang paling mustajab dan yang paling dekat untuk dimakbulkan.
Sebaik-baik doa dan zikir yang boleh diamalkan adalah seperti yang disebutkan dalam hadis sahih ini:
“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah,
“لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”.
La Ilaaha IllAllah wahdahu laa syariika lahu, lahul mulku walahul hamdu wahuwa ‘ala kulli syai-in qadir
Maksudnya: Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”
(Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)
Sumber: JAKIM
Friday, July 16, 2021
Bagaimana Anda Boleh Berhenti Merokok!
Kita semua tahu bahawa merokok merupakan tabiat yang tidak sihat. Mungkin sudah berbuih telinga kita terutamanya perokok-perokok tegar dengan orang memeberi amran atau menakut-nakutkan kita tentang bahaya merokok tanpa memberikan solusi kepada belenggu untuk berhenti merokok.
Untuk berhenti merokok sebenarnya bukan mudah. Kita bukan sahaja berdepan dengan perubahan secara tabii atau tingkahlaku, tetapi juga perubahan daraipada segi metabolisma dan tindak balas kimia di dalam badan kita. Nikotin di dalam rokok yang menyebabkan perokok berasa ketagih untuk menghisapnya.
Berikut merupakan langkah yang perokok boleh cuba dalam usaha untuk berhenti daripada tabiat tersebut.
Persediakan diri anda dan leatakkan hari tamat tempoh merokok
Apabila anda sudah mempunyai azam untuk berhenti merokok, letakkan satu tarikh sebagai ‘expiry date’ anda untuk berhenti. Jangan letakkan tarikh tersebut terlalu lama (takut anda berubah fikiran pula) ataupun terlalu dekat (takut tak sempat nak ‘prepare’kan diri).
Pelbagai perkara dan faktor yang perlu difikirkan disaat seseorang itu berazam untuk berhenti merokok. Tetapi teradapat 2 situasi di mana ia akan berguna bagi mereka. Sama ada:
- Berhenti serta-merta, iaitu merokok sehingga tarikh tamat merokok dan terus berhenti, atau;
- Berhenti secara berperingkat, iaitu mengurankan kuatiti rokok yang dihisap secara berperingkat sehingga tarikh tamat merokok.
Kajian menunjukkan tiada perbezaan nyata dalam keberkesanan cara-cara di atas. Pilihlah yang mana sesuai untuk anda. Semestinya pada hari anda berhenti anda akan merasakan keperluan dan keinginana yang meluap-luap untuk merokok. Anda perlu tahan dan apa yang anda boleh buat adalah:
- Tangguhkan rasa ingin merokok tersebut kerana ia akan berlalu. Keinginan merokok biasanya datang dan pergi dalam masa 3-5 minit.
- Tarik nafas dengan dalam-dalam. Tarik nafas perlahan melalui hidung dalam tiga kiraan dan hembus menggunakan mulut dengan kiraan tiga.
- Minum air kosong untuk melawan keinginan tersebut
- Sibukkan diri anda dengan perkara lain untuk mengalihkan perhatian anda daripada keinginan merokok.
Dapatkan Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok (PKBM)
PKBM merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam membantu perokok-perokok tegar meninggalkan tabiat merokok. Ia bertujuan untuk memeudahkan penghijrahan tersebut dengan teknik terapi modifikasi tingkah laku, terapi farmakoterapi atau kombinasi kedua-duanya dalam tempoh enam bulan.
Berikut merupakan senarai hospital yang menawarkan PKBM. Dan disini untuk mendaftar.
Melalui PKBM, anda dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anda untuk berhenti merokok secara komprehensif. Dengan mengahadiri setiap temujanji yang telah disyaratkan, anda mungkin akan dapat menghindari tabiat ini secara kekal. Sewaktu menjalani rawatan, anda perlulah mempunyai pemikiran yang terbuka dan positif terhadap rawatan yang diberi.
E-ciggarette
Rokok-rokok elektronik pada mulanya bukanlah dipromosikan sebagai langkah mengurangkan tabiat merokok, tetapi para perokok melihatnya sebegitu rupa.
Kajian menunjukkan bahawa ianya kurang ketagihan jika dibandingkan dengan rokok sebenar, dan terdapat kaitan dalam penggunaan rokok elektronik dan pengurangan penggunaan rokok betul.
Walaubagaimanapun, kajian terhadap rokok elektronik ini masih baru dan para pengkaji masih giat dalam mendalami kesan-kesan sampingannya.
Keputusan untuk berhenti merokok sebenarnya bukanlah sesuatu yang mudah. Seseorang itu memelukan sokongan yang kuat daripada orang-orang yang dekat dengan perokok. Langkah-langkah diatas adalah inisiatif yang boleh dicuba, tetapi ia tidak akan menunjukka sebarang hasil sekiranya tiada iltizam dan keinginan yang kuat daripada perokok itu sendiri.
Sumber: Medical News Today, KKM
Bahaya Di Serang Strok, Ini 4 Cara Mudah Nak Tahu Di Serang Strok Atau Tidak

Sumber: Brightside
Stroke bukan lah sesuatu yang boleh diambil remeh.
Apa itu strok?
Strok adalah serangan pada bahagian otak dan ianya terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang sangat penting. Jadi, apabila saluran darah di dalam otak pecah atau tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak ini akan kekurangan oksigen dan nutrien.
Bila bahagian otak mula mati, anda akan mengalami strok. Strok ni dengan pantas akan menjejaskan deria-deria, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, corak pemikiran dan ingatan juga akan berubah.
Ni 4 cara nak tahu mungkinkah orang terdekat kita diserang strok dan apa yang anda perlu buat.
Kalau Diet Kena Minum Susu Rendah Lemak, Sebenarnya Tidak Ini Penjelasan Doktor
Setiap kali pergi ke pasaraya, mesti akan nampak pelbagai jenis susu dari jenama berbeza. Ramai bersangka jika ingin diet, kita kena beli susu rendah lemak.

Ia membawa anggapan bahawa susu rendah lemak lebih baik untuk kesihatan dan boleh membantu proses pengurusan badan.
Apa kata kita belajar mengenai jenis-jenis susu yang ada di pasaran dan perbezaan antaranya. Di sini ada perkongsian oleh seorang doktor di TikTok yang menjelaskan perbezaan antara susu segar, susu penuh krim dan susu rendah lemak.

Doktor tersebut menjelaskan bahawa susu rendah lemak sebenarnya tidak begitu berbeza dengan susu penuh lemak. Bahkan, susu rendah lemak bukan pilihan yang sesuai bagi mereka yang ingin mengurangkan pengambilan gula dalam diet.
Menurut Dr Gafoor Mubarak, susu rendah lemak atau low fat milk biasanya akan diproses supaya lemak susu dikurangkan dari 4% menjadi 1.5-2%. Namun proses ini akan menyebabkan susu rasa kurang enak, jadi syarikat susu akan memasukkan gula ke dalam susu tersebut untuk menyedapkan lagi rasa susu itu.
Susu full cream pula menggunakan susu segar yang ditambahkan dengan serbuk susu untuk menjadikan susu lebih berkrim. Kandungan gula dalam kedua-dua jenis susu ini adalah hampir sama iaitu 2-3 sudu kecil bagi setiap hidangan.
Jadi kalau anda ingin diet, susu yang paling dan sihat adalah susu segar ataupun fresh milk kerana ia dipasarkan terus dari sumber dan ia mengandungi gula paling kurang.
Semoga info ini bermanfaat untuk anda semua.
Sumber: TikTok Dr Gafoor
Nak mula jana income pasif dengan Honeygain?
Baru nak mula dengan Honeygain? 1️⃣ Install Honeygain di phone / laptop 2️⃣ Login → biarkan app running di background 3️⃣...
-
Kenali Reel atau Kekili Sejarah dunia merumuskan bahawa reel pertama dicipta sekitar tahun 1800 dan pada awal tahun1900 syarikat pembuat re...
-
Mata adalah pancaindera yang sangat penting, sebab itu ia perlu dijaga dengan sebaik-baiknya. Sesetengah orang memandang ringan dan mengangg...
-
Subhanallah, walhamdulillah, Allahu Akbar…. Betapa kerdilnya kita manusia ini berbanding dengan makhluk ciptaan Allah SWT yang lain dalam al...
