Setiap kali pergi ke pasaraya, mesti akan nampak pelbagai jenis susu dari jenama berbeza. Ramai bersangka jika ingin diet, kita kena beli susu rendah lemak.
Ia membawa anggapan bahawa susu rendah lemak lebih baik untuk kesihatan dan boleh membantu proses pengurusan badan.
Apa kata kita belajar mengenai jenis-jenis susu yang ada di pasaran dan perbezaan antaranya. Di sini ada perkongsian oleh seorang doktor di TikTok yang menjelaskan perbezaan antara susu segar, susu penuh krim dan susu rendah lemak.
Doktor tersebut menjelaskan bahawa susu rendah lemak sebenarnya tidak begitu berbeza dengan susu penuh lemak. Bahkan, susu rendah lemak bukan pilihan yang sesuai bagi mereka yang ingin mengurangkan pengambilan gula dalam diet.
Menurut Dr Gafoor Mubarak, susu rendah lemak atau low fat milk biasanya akan diproses supaya lemak susu dikurangkan dari 4% menjadi 1.5-2%. Namun proses ini akan menyebabkan susu rasa kurang enak, jadi syarikat susu akan memasukkan gula ke dalam susu tersebut untuk menyedapkan lagi rasa susu itu.
Susu full cream pula menggunakan susu segar yang ditambahkan dengan serbuk susu untuk menjadikan susu lebih berkrim. Kandungan gula dalam kedua-dua jenis susu ini adalah hampir sama iaitu 2-3 sudu kecil bagi setiap hidangan.
Jadi kalau anda ingin diet, susu yang paling dan sihat adalah susu segar ataupun fresh milk kerana ia dipasarkan terus dari sumber dan ia mengandungi gula paling kurang.
Semoga info ini bermanfaat untuk anda semua.
Sumber: TikTok Dr Gafoor
No comments:
Post a Comment