Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Friday, July 16, 2021

Bahaya Di Serang Strok, Ini 4 Cara Mudah Nak Tahu Di Serang Strok Atau Tidak

 bahaya di serang strok, ini 4 cara mudah nak tahu di serang strok atau tidak

Sumber: Brightside 

Stroke bukan lah sesuatu yang boleh diambil remeh. 

Apa itu strok? 

Strok adalah serangan pada bahagian otak dan ianya terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang sangat penting. Jadi, apabila saluran darah di dalam otak pecah atau tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak ini akan kekurangan oksigen dan nutrien. 

Bila bahagian otak mula mati, anda akan mengalami strok. Strok ni dengan pantas akan menjejaskan deria-deria, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, corak pemikiran dan ingatan juga akan berubah. 

Ni 4 cara nak tahu mungkinkah orang terdekat kita diserang strok dan apa yang anda perlu buat. 

Kalau Diet Kena Minum Susu Rendah Lemak, Sebenarnya Tidak Ini Penjelasan Doktor

 Setiap kali pergi ke pasaraya, mesti akan nampak pelbagai jenis susu dari jenama berbeza. Ramai bersangka jika ingin diet, kita kena beli susu rendah lemak. 

kalau diet kena minum susu rendah lemak, sebenarnya tidak ini penjelasan doktor

Ia membawa anggapan bahawa susu rendah lemak lebih baik untuk kesihatan dan boleh membantu proses pengurusan badan.

Apa kata kita belajar mengenai jenis-jenis susu yang ada di pasaran dan perbezaan antaranya. Di sini ada perkongsian oleh seorang doktor di TikTok yang menjelaskan perbezaan antara susu segar, susu penuh krim dan susu rendah lemak.

kalau diet kena minum susu rendah lemak, sebenarnya tidak ini penjelasan doktor

Doktor tersebut menjelaskan bahawa susu rendah lemak sebenarnya tidak begitu berbeza dengan susu penuh lemak. Bahkan, susu rendah lemak bukan pilihan yang sesuai bagi mereka yang ingin mengurangkan pengambilan gula dalam diet.

Menurut Dr Gafoor Mubarak, susu rendah lemak atau low fat milk biasanya akan diproses supaya lemak susu dikurangkan dari 4% menjadi 1.5-2%. Namun proses ini akan menyebabkan susu rasa kurang enak, jadi syarikat susu akan memasukkan gula ke dalam susu tersebut untuk menyedapkan lagi rasa susu itu.

Susu full cream pula menggunakan susu segar yang ditambahkan dengan serbuk susu untuk menjadikan susu lebih berkrim. Kandungan gula dalam kedua-dua jenis susu ini adalah hampir sama iaitu 2-3 sudu kecil bagi setiap hidangan. 

Jadi kalau anda ingin diet, susu yang paling dan sihat adalah susu segar ataupun fresh milk kerana ia dipasarkan terus dari sumber dan ia mengandungi gula paling kurang.

Semoga info ini bermanfaat untuk anda semua.

Sumber: TikTok Dr Gafoor

Wednesday, June 23, 2021

Perut Banyak Angin? Cuba Petua Minum Air Susu Halia Ni!

Petua yang ini mungkin dijangka pelik oleh orang ramai. Namun cara ini amat berkesan, terutama sekali kepada mereka yang kerap sangat buang angin atau badan yang sentiasa berangin.

Sangat dialu-alukan supaya mengamalkan petua ini.

Bahan-bahan:

perut banyak angin? cuba petua minum air susu halia ni!

3 batang serai

4 cm halia atau 2 ketul

Susu

1 uncang teh (ini adalah pilihan kalau tak nak masukkan pun tidak mengapa)

Cara-caranya:

perut banyak angin? cuba petua minum air susu halia ni!

1. Serai dan halia diketukkan terlebih dahulu

2. Rebus dengan 3 gelas air sehingga dijadikan 1 gelas air dan masukkan susu kesukaan anda.

3. Tunggu suam untuk diminum.

Minuman ini disyorkan minum selepas makan di siang hari.

Sumber: Pesona Pengantin

Tuesday, June 22, 2021

Masalah Mulut Berbau, Doktor Gigi Ini Kongsikan Cara Penjagaan Gigi Yang Betul

 Dr. Ezani yang merupakan juara untuk Master Chef Malaysia musim pertama. Beliau memiliki sdaya tarikan yang menarik dengan senyumannya.

doktor gigi kongsi cara hilangkan bau mulut dan penjagaan yang betul

Malah, sebagai seorang doktor gigi juga, beliau berkongsi cara penjagaan yang betul agar kekal sihat dan cantik.

  1. Ramai yang memberus gigi dengan cara yang salah. Sebaiknya memberus gigi hingga ke gusi kerana di situ terdapat banyak bakteria dan plague’.
  2. Kita sering memberus gigi tetapi kita terlupa betapa pentingnya flossing’. Floss membantu mengeluarkan sisa makan yang tersangkut di celahan gigi. Sisa makan yang tersangkut membuatkan gigi mudah berlubang.
  3. Jangan gunakan berus yang keras kerana ia akan menyebabkan kesan luka pada gusi. Gunakan berus yang lembut supaya ia dapat mencapai setiap celahan gigi.
  4. Jangan terpengaruh dengan rawatan rawatan murah seperti dilihat dilaman sosial.
  5. Gunakan ubat gigi yang mengandungi florida sebagai pelindungan.
  6. Apabila kita memberus gigi pastikan kita bersihkan lidah dan juga lelangit.

Haa, pastikan korang ikut tips penjagaan gigi diatas ni ya untuk kesihatan mulut dan gigi yang baik. Selamat mencuba!

doktor gigi kongsi cara hilangkan bau mulut dan penjagaan yang betul

Sumber: Nona

Tuesday, April 6, 2021

Kalau Nak Mula Diet Cuba Elakkan Makanan Ni Yang Nampak Sihat Tapi Sebenarnya Tidak!

 Ramai yang keliru mengenai pemakanan yang sihat. Ada banyak makanan yang kita rasa sihat dan bagus untuk diet kita tapi sebenarnya itulah makanan yang tak sihat. Contohnya seperti 4 makanan di bawah ni yang sangat perlu dibuang sekiranya korang mengambil berat pada tubuh badan. 

1. Snek diet

kalau nak mula diet cuba elakkan makanan ni yang nampak sihat tapi sebenarnya tidak!

Energy bar ni sebenarnya manis. Jadi, otak akan selalu mengumpan korang untuk nak sesuatu yang manis dengan kalori yang tinggi!

2. Latte

kalau nak mula diet cuba elakkan makanan ni yang nampak sihat tapi sebenarnya tidak!

Kalau nak tahu secawan latte mempunyai 140 kalori. Kalau minum kopi hitam okay sebab hanya ada 4 kalori je!

3. Roti putih

kalau nak mula diet cuba elakkan makanan ni yang nampak sihat tapi sebenarnya tidak!
 

Elakkan makan roti putih, seeloknya makan roti jenis wheatmeal. 

4. Jus oren dengan gula

kalau nak mula diet cuba elakkan makanan ni yang nampak sihat tapi sebenarnya tidak!

Jus oren memang bagus untuk badan dan kulit. Tapi kalau dah tambah gula dah jadi tak sihat tau !

Sumber: Cosmopolitan

Makan Petai Mampu Kurangkan Sakit Senggugut Dan Jadikan Anda Lebih Relaks

Walaupun mulut akan mengeluarkan bau yang teramat dahsyat apabila kita makannya tetapi kenyataannya petai ada banyak khasiat dan kebaikan untuk tubuh badan.

makan petai mampu kurangkan sakit segugut dan jadikan anda lebih relaks

Antara vitamin yang terdapat dalam petai adalah,

1. Tinggi vitamin C

Petai mengandungi vitamin C yang meningkatkan imun badan dan antioksida. Kadar kandungan vitamin dalam petai inilah yang mampu mengurangkan tekanan seseorang dan juga menyembuhkan luka dengan mudah.

2. Tinggi kalium

Zat kalium yang terkandung dalam petai merupakan zat yang amat penting bagi tubuh badan. Kalium amat penting untuk menjaga cairan dan keseimbangan elektrolik. Bukan itu sahaja, kalium yang tinggi dapat mengurangkan tekanan darah tinggi dan amat baik untuk jantung.

3. Vitamin A

Vitamin A amat baik untuk penglihatan, jantung dan sesuai untuk seseorang yang menjaga kulit muka. Vitamin yang terkandung dalam petai dapat menjaga mata daripada masalah-masalah kesihatan berkaitan mata.

4. Kalsium

Keistimewaan kalsium adalah menguatkan tulang dan gigi. Kandungan kalsium yang tinggi dalam petai ini dapat mengukuhkan dan mengurangkan sakit gigi.

Tapi betulkah petai ini berkesan? Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh pusat kebajikan kesihatan MIND terhadap beberapa orang pesakit kemurungan, rata-rata mereka berasa lebih baik selepas makan petai.

Selain baik untuk masalah gangguan jiwa, petai ternyata puna khasiat lain seperti berikut:

makan petai mampu kurangkan sakit segugut dan jadikan anda lebih relaks

Mencegah anemia

Anemia adalah sejenis kondisi yang mengakibatkan kekurangan sel darah merah dalam tubuh badan. Kesannya ia akan membangkitkan simptom-simptom seperti lemah, penat, pening kepala, mual, muntah dan mudah dijangkiti penyakit.

Menstabilkan tekanan darah

Petai adalah makanan yang sangat bagus untuk membantu menstabilkan tekanan darah. Kepercayaan ini telah dibuktikan oleh US Food and Drug Administration yang mengesahkan petai memang benar boleh membantu menstabilkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok.

Merawat PMS

PMS yang selalu common di kalangan kaum hawa. Untuk pengetahuan anda, premenstrual syndrome (PMS) adalah kondisi yang akan menjejaskan fizikal, mental dan kelakuan wanita ketika kitaran haid. Dikatakan dengan memakan buah yang kaya dengan vitamin B6 ini, ia mampu membantu mengawal kandungan gula dalam darah individu sekali gus memberi kesan positif kepada mood anda.

Sumber: KKM / Wedpedia

Friday, January 15, 2021

Bantu Kurangkan Berat Badan, Minum Satu Sudu Minyak Zaitun Setiap Pagi

Ramai antara kita menggunakan minyak zaitun untuk tujuan memasak. Tetapi sebenarnya kalau kita minum minyak zaitun ia dapat memberikan kesan positif pada jantung dan tubuh badan.

bantu kurangkan berat badan, minum satu sudu minyak zaitun setiap pagi

Satu sudu minyak zaitun ketika perut kosong akan memberikan banyak kesan yang luar brasa pada tubuh anda.

1. Kurangkan kemerahan dan kedutan pada wajah

bantu kurangkan berat badan, minum satu sudu minyak zaitun setiap pagi

Minyak zaitun adalah antara bahan penting dalam banyak produk kosmetik, dan ia juga dapat memberi manfaat kepada kulit anda. Ia mampu mengurangkan kemerahan, pembengkakan, dan kedutan pada wajah anda. Ia mempunyai sifat antibakteria yang kuat dan berfungsi sebagai pembasmi kuman semula jadi.

2. Bantu kurangkan berat badan

bantu kurangkan berat badan, minum satu sudu minyak zaitun setiap pagi

Banyak kajian menunjukkan bahawa mengikuti diet yang kaya dengan minyak zaitun, ia mempunyai kesan positif terhadap berat badan. Lebih daripada 180 orang yang mengambil bahagian dalam sebuah kajian yang mengambil jangka masa 3 tahun telah membuktikan makan minyak zaitun membantu mereka menurunkan berat badan.

3. Bagus untuk otak 

bantu kurangkan berat badan, minum satu sudu minyak zaitun setiap pagi

Makan minyak zaitun secara berkala membantu menghilangkan penumpukan plak di dalam sel otak anda. Plak boleh menyebabkan penyakit Alzheimer. Orang yang kerap makan minyak zaitun mempunyai ingatan yang lebih baik daripada mereka yang mengekalkan diet rendah lemak.

4. Elok untuk kesihatan tulang

Minyak zaitun dapat memberi manfaat kepada orang yang menderita rheumatoid arthritis. Ini berfungsi lebih baik apabila digabungkan dengan minyak ikan, sumber asid lemak omega-3 yang kaya. Sebatian yang terdapat dalam minyak zaitun extra virgin dapat meningkatkan kekuatan pegangan tangan, sakit sendi, dan kekejangan pagi yang berpunca dari artritis.

5. Kurangkan keradangan

bantu kurangkan berat badan, minum satu sudu minyak zaitun setiap pagi

Memperkaya diet anda dengan minyak zaitun dan makanan lain yang mengandungi asid lemak omega-3 data mengurangkan keradangan di dalam badan. Ini dapat membantu mencegah atau menyembuhkan pelbagai keadaan kulit yang berpunca dari keradangan.

6. Bagus untuk kesihatan usus

Pelbagai jenis bakteria yang tinggal dalam perut anda boleh menyebabkan bisul perut. Minyak zaitun telah terbukti dapat melawan bakteria. Hanya 30 gram minyak zaitun sehari dapat membunuh bakteria berbahaya dalam masa 14 hari. 

7. Dapat mengawal paras gula dalam darah

bantu kurangkan berat badan, minum satu sudu minyak zaitun setiap pagi

Minyak zaitun extra virgin boleh menjadi rahsia untuk menurunkan glukosa darah. Ia melindungi tubuh badan anda daripada menghidap penyakit diabetes jenis 2, dan dapat mengurangkan risikonya lebih dari 40%.

Boleh lah jadikan ini sebagai rutin pagi harian yang baru untuk anda tahun ini. 

Sumber: Brightside

Thursday, January 14, 2021

Kenapa Kita Malas Sangat Nak Bersenam?

 

Kian hari, kian tepu kita dengar berita-berita atau pempromosian gaya kehidupan sihat. Bukan slah untuk kandungan-kandungan seperti ini berlegar dalam setiap saat kehidupan kita, tapi, terkadang, ia memberi kesan yang sebaliknya kepada pengguna.

Daripada niatnya untuk memeberikan mottivasi kepada orang ramai untuk berubah kepada gaya hidup aktif dan sihat, ia menjadikan kita sangat kurang bermotivasi. Hal ini kerana kita seringkali diingatkan bahawa kita tidak mengamalkan gaya hidup sihat.


Makan ini tak boleh, makan itu tak boleh, buat ini tak boleh, kena buat satu-satu perkara sahaja. Hal ini sebenarnya mewujudkan lagi stress kepada mereka yang mahu mula mencuba gayakan hidup sihat.





Apa sebenarnya yang menghalang anda daripada memulakan langkah untuk bersenam?

1. Kita tidak biasa dengan gaya hidup sihat ini. Bagi majoriti orang ramai, mengaplikasikakn satu regimen senaman yang berstuktur bukan lah mudah. Bayangkan anda terpaksa menyelitkan satu sesi yang sangat berat ini ke dalam jadual harian anda yang sudah sedia ada sibuk ini. Ia seperti satu bebanan tambahan yang kebanyakan daripada kita akan terasa impaknya.

2. Dunia sekarang ini sbenarnya tidak memerlukan banyak pergerakan pun. Kita sekarang hidup di zaman yang kita tidak pelrukan banyak opergerakan dalam melaksanakan tugasan harian. Nak makan, order penghantaran, nak sampaikan maklumat, email atau panggilan video, mahu bergerak pun sekarang sudah banyak peralatan yang memebantu kita untuk pergi dari satu tempat ke satu tempat. Jadi, untuk mewujudkan satu aspek kehidupan yang memerluakn aktiviti fizikal, mungkin sukar.

3. Senaman itu satu kemewahan. Kita tidak perlu pergi jauh pun. Bayaran untuk kita melanggan kemasukan ke gymnasium setiap bulan boleh memakan kos sekirang-kurangnya RM100 sebulan. Sesetengah orang tidak mempunyai kemudahan untuk membayar jumlah tersebut kian bualn dek tanggungjawab yang digalas.

kenapa kita malasss sangat nak bersenam?

4. Hasil dan kesannya yang bukan serta-merta. Anda tidak akan mendapat hasil sesata selepas anda menjalankan sesi senaman anda yang pertama. Begitu juga kesan-kesan yang mendatang kalau kita tidak bersenam. Manusia ini makhluk yang sangat berorientasikan ganjaran dan hukuman. Jadi, apabila kita tidak mendapatkannya secara serta-merta, kita akan senang untuk putus asa dan kurang bermotivasi untuk melakukannya.

 

Jadi, bagaimana kita mahu mengatasi halangan-halangan diatas. Jika dilihat kembali, ‘halangan’ tersebut berakar daripada diri kita sendiri. Kita perlu muhasabah kembali diri kita dan betulkan niat sewaktu memulakan satu-satu regimen senaman. Mulakan langkah pertama. Admin akan kongsikan sedikit dorongan untuk mengembalikan motivasi diri untuk bersenam pada artikel seterusnya.

Sumber: VeryWell Fit

Saturday, December 26, 2020

Awas! Minum Air Panas Dalam Cawan Kertas Mampu Tingkatkan Risiko Kanser! - Kajian

Ada kajian yang telah membuktikan bahawa kopi mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan. Tetapi semua benda kalas diambil secara berlebihan, akan memberi kesan negatif pada tubuh badan manusia.

Bukan itu sahaja yang boleh mempengaruhi kesihatan, menurut kajian The Journal of Hazardous Materials, cara kita minum kopi juga boleh mempengaruhi kesihatan tubuh badan manusia.

ADVERTISING

awas! minum air panas dalam cawan kertas mampu tingkatkan risiko kanser! - kajian

Kajian itu menjelaskan kopi atau teh serta minuman panas lain yang diminum terus daripada cawan kertas dengan lapisan filem plastik dapat membuatkan tubuh terdedah kepada partikel mikroplastik berbahaya.

Partikel itu boleh menimbulkan resan berbahaya bagi kesihatan manusia.

Menurut penulis utama kajian tersebut, Dr Sudha Goel,  rata-rata orang yang minum tiga cawan teh atau kopi setiap hari dalam cawan kertas akan menelan 75,000 partikel mikroplastik kecil yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

"Dalam masa 15 minit kopi atau teh dibiarkan sebelum diminum, lapisan mikroplastik pada cawan kertas akan terurai," katanya.

awas! minum air panas dalam cawan kertas mampu tingkatkan risiko kanser! - kajian

Gambar sisa mikroplastik di dalam air panas setelah dibiarkan di dalam cawan kertas selama 15 minit.

Partikel mikroplastik didefinisikan sebagai potongan kecil plastik atau serat sintetik berukuran 5mm atau kurang. Partikel ini terdapat pada produk harian kita seperti pakaian dan produk kecantikan.

awas! minum air panas dalam cawan kertas mampu tingkatkan risiko kanser! - kajian

Dalam laporan kajian itu, ia menjelaskan mikroplastik bukan sahaja boleh mendatangkan bahaya kepada manusia tetapi kehidupan laut apabila ada yang membuang barangan plastik dan kertas ke dalam laut.

Kesan partikel mikroplastik ini ia boleh meningkatkan risiko kanser, masalah organ dan membantutkan perkembangan kanak-kanak.

Sumber: ZME Science

Friday, December 4, 2020

Fakta Atau Sekadar Mitos, Minum Susu Boleh Naik Berat Badan, Betul Ke?

Penduduk di Asia umumnya amat kurang meminum susu atas beberapa faktor, antaranya intoleransi laktosa dan tanggapan kononnya minum susu boleh menggemukkan.

minum susu boleh jadi gemuk? doktor betulkan persepsi sebenar

Adakah minum susu boleh menyebabkan anda gemuk?

minum susu boleh jadi gemuk? doktor betulkan persepsi sebenar

Persoalan ini sering bermain difikiran kebanyakkan daripada kita, hingga menyebabkan ramai tidak menggemari susu. Disebabkan itu, Dr. Erna Nadia, salah seorang Pegawai Perubatan daripada kumpulan Medical Mythbusters Malaysia tampil membetulkan tanggapan ini.

Susu bukan punca badan jadi gemuk!

Ramai pesakit wanita saya yang super takut nak minum susu sebab depa kata susu ni akan buat badan gemok.

Really?

Haruslah tidak.

Yang membuatkan badan menjadi besar, pinggang menjadi lebar, pipi berkembang, lengan peha gelebeh adalah apabila kita tak jaga makan. Bukan sebab susu ye cik puan tuan sekalian.

Susu adalah sumber protein yang baik.
Janganlah takut dengan makanan dan minuman.
Seriously bukan salah makanan. 
Bila berat naik, tuding dan cermin diri sendiri. Tang mana diet kita salah. Diet ni bukan bermaksud tak makan tapi diet adalah pemakanan seharian kita.

Diet seharian kita haruslah lengkap dan sihat. Lengkap makronutrisi dan mikronutrisi.Ikutlah konsep suku suku separuh, kurangkan makanan dan minuman manis serta kurangkan minyak.

Ada 3 jenis susu.

Susu ni dia ada gula ringkas iaitu laktosa. Ada 3 jenis susu iaitu 
1. Susu penuh krim, 
2. Susu rendah lemak,
3. Susu skim.

Akan ada pertambahan gula sukrosa jika ada pertambahan rasa seperti strawberry, coklat dan lain lain.

Susu penuh krim ni kandungan lemak dia tinggi. Sesuai lah dengan nama dia. Lemak berkrim disukai ramai. Jadi, kalau ada penyakit kronik macam darah tinggi ka, sila elakkan kalau boleh.

Susu rendah lemak ni pulak, kandungan lemak dan kalori dia rendah, kurang dari 3%. Jadi, susu ini disarankan untuk depa yang ada masalah kolesterol tinggi atau untuk depa yang nak kurangkan kalori harian, macam saya.

Susu skim ini lagilah bagus sebab kandungan lemak tersangatlah sedikit iaitu kurang dari 0.5%. Sangatlah sesuai untuk orang yang ada darah tinggi, kencing manis yada yada yada.

Susu seeloknya diambil setiap hari, 2-3 kali sehari disebabkan kaya dengan sumber kalsium yang diperlukan oleh tulang dan tubuh badan kita.

Susu pekat manis bukan kategori susu.

Susu pekat manis atau krimer ini bukan susu ye. So jangan salah faham pulak. Susu pekat manis/krimer ni sudah ditambah gula dan digantikan dengan minyak sayuran.

Ok, bila nak minum susu ni?

Seeloknya minumlah berasingan dari hidangan utama macam makan pagi, tengah hari dan malam. Sebab kalsium dalam susu akan menghalang penyerapan zat besi di dalam lauk pauk hidangan utama kita.

Jadi, untuk depa yang ada masalah hb low(darah merah rendah), kena makan makanan yang tinggi zat besi macam bayam, daging, ikan, maka asingkan minum susu masa makan makanan utama ok?

Kalsium dalam darah biasanya akan disimpan/nak memenuhkan lompong lompong pada tulang pada waktu malam. So kalau kurang pengambilan susu, lompong lompong ini tak diisi dengan elok dan dalam masa sama, kandungan kalsium dalam badan juga berkurangan.

Sebab tu nanti lama lama mudah kena osteoporosis aka tulang rapuh. Dari osteoporosis yang biasa boleh jadi teruk dan seterusnya jadi masalah lain pulak.

Minum susu baik sebelum dan selepas bangun dari tidur.

So, seeloknya minumlah susu sebelum tidoq dan sesudah mangkit tidoq

Boleh faham kan apa sebabnya?
InshaAllah boleh.

Jadi, janganlah takut dengan susu ye.

Lebih baik minum segelas susu bila lapaq waktu malam sebelum tidoq tu dari makan jajan

Minum susu sebelum tidoq InshaAllah boleh buat kita lena dengan perut yang selesa.

Nak minum yang sejuk ke panas?
Ikutlah selera tekak masing masing

Ingat ya, sejuk atau panas sesuatu makanan/minuman tidak mempengaruhi tahap kalori kerana suhu tidak mempunyai kalori.

Dr. Erna Nadia
Pegawai Perubatan
Medical Mythbusters Malaysia

Sumber: Medical Mythbusters Malaysia

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...