Friday, January 15, 2021

Bantu Kurangkan Berat Badan, Minum Satu Sudu Minyak Zaitun Setiap Pagi

Ramai antara kita menggunakan minyak zaitun untuk tujuan memasak. Tetapi sebenarnya kalau kita minum minyak zaitun ia dapat memberikan kesan positif pada jantung dan tubuh badan.

bantu kurangkan berat badan, minum satu sudu minyak zaitun setiap pagi

Satu sudu minyak zaitun ketika perut kosong akan memberikan banyak kesan yang luar brasa pada tubuh anda.

1. Kurangkan kemerahan dan kedutan pada wajah

bantu kurangkan berat badan, minum satu sudu minyak zaitun setiap pagi

Minyak zaitun adalah antara bahan penting dalam banyak produk kosmetik, dan ia juga dapat memberi manfaat kepada kulit anda. Ia mampu mengurangkan kemerahan, pembengkakan, dan kedutan pada wajah anda. Ia mempunyai sifat antibakteria yang kuat dan berfungsi sebagai pembasmi kuman semula jadi.

2. Bantu kurangkan berat badan

bantu kurangkan berat badan, minum satu sudu minyak zaitun setiap pagi

Banyak kajian menunjukkan bahawa mengikuti diet yang kaya dengan minyak zaitun, ia mempunyai kesan positif terhadap berat badan. Lebih daripada 180 orang yang mengambil bahagian dalam sebuah kajian yang mengambil jangka masa 3 tahun telah membuktikan makan minyak zaitun membantu mereka menurunkan berat badan.

3. Bagus untuk otak 

bantu kurangkan berat badan, minum satu sudu minyak zaitun setiap pagi

Makan minyak zaitun secara berkala membantu menghilangkan penumpukan plak di dalam sel otak anda. Plak boleh menyebabkan penyakit Alzheimer. Orang yang kerap makan minyak zaitun mempunyai ingatan yang lebih baik daripada mereka yang mengekalkan diet rendah lemak.

4. Elok untuk kesihatan tulang

Minyak zaitun dapat memberi manfaat kepada orang yang menderita rheumatoid arthritis. Ini berfungsi lebih baik apabila digabungkan dengan minyak ikan, sumber asid lemak omega-3 yang kaya. Sebatian yang terdapat dalam minyak zaitun extra virgin dapat meningkatkan kekuatan pegangan tangan, sakit sendi, dan kekejangan pagi yang berpunca dari artritis.

5. Kurangkan keradangan

bantu kurangkan berat badan, minum satu sudu minyak zaitun setiap pagi

Memperkaya diet anda dengan minyak zaitun dan makanan lain yang mengandungi asid lemak omega-3 data mengurangkan keradangan di dalam badan. Ini dapat membantu mencegah atau menyembuhkan pelbagai keadaan kulit yang berpunca dari keradangan.

6. Bagus untuk kesihatan usus

Pelbagai jenis bakteria yang tinggal dalam perut anda boleh menyebabkan bisul perut. Minyak zaitun telah terbukti dapat melawan bakteria. Hanya 30 gram minyak zaitun sehari dapat membunuh bakteria berbahaya dalam masa 14 hari. 

7. Dapat mengawal paras gula dalam darah

bantu kurangkan berat badan, minum satu sudu minyak zaitun setiap pagi

Minyak zaitun extra virgin boleh menjadi rahsia untuk menurunkan glukosa darah. Ia melindungi tubuh badan anda daripada menghidap penyakit diabetes jenis 2, dan dapat mengurangkan risikonya lebih dari 40%.

Boleh lah jadikan ini sebagai rutin pagi harian yang baru untuk anda tahun ini. 

Sumber: Brightside

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...