Friday, July 16, 2021

Bagaimana Anda Boleh Berhenti Merokok!

Kita semua tahu bahawa merokok merupakan tabiat yang tidak sihat. Mungkin sudah berbuih telinga kita terutamanya perokok-perokok tegar dengan orang memeberi amran atau menakut-nakutkan kita tentang bahaya merokok tanpa memberikan solusi kepada belenggu untuk berhenti merokok.

Untuk berhenti merokok sebenarnya bukan mudah. Kita bukan sahaja berdepan dengan perubahan secara tabii atau tingkahlaku, tetapi juga perubahan daraipada segi metabolisma dan tindak balas kimia di dalam badan kita. Nikotin di dalam rokok yang menyebabkan perokok berasa ketagih untuk menghisapnya.

Berikut merupakan langkah yang perokok boleh cuba dalam usaha untuk berhenti daripada tabiat tersebut.

bagaimana anda boleh berhenti merokok!

Persediakan diri anda dan leatakkan hari tamat tempoh merokok

Apabila anda sudah mempunyai azam untuk berhenti merokok, letakkan satu tarikh sebagai ‘expiry date’ anda untuk berhenti. Jangan letakkan tarikh tersebut terlalu lama (takut anda berubah fikiran pula) ataupun terlalu dekat (takut tak sempat nak ‘prepare’kan diri).

Pelbagai perkara dan faktor yang perlu difikirkan disaat seseorang itu berazam untuk berhenti merokok. Tetapi teradapat 2 situasi di mana ia akan berguna bagi mereka. Sama ada:

  • Berhenti serta-merta, iaitu merokok sehingga tarikh tamat merokok dan terus berhenti, atau;
  • Berhenti secara berperingkat, iaitu mengurankan kuatiti rokok yang dihisap secara berperingkat sehingga tarikh tamat merokok.

Kajian menunjukkan tiada perbezaan nyata dalam keberkesanan cara-cara di atas. Pilihlah yang mana sesuai untuk anda. Semestinya pada hari anda berhenti anda akan merasakan keperluan dan keinginana yang meluap-luap untuk merokok. Anda perlu tahan dan apa yang anda boleh buat adalah:

  • Tangguhkan rasa ingin merokok tersebut kerana ia akan berlalu. Keinginan merokok biasanya datang dan pergi dalam masa 3-5 minit.
  • Tarik nafas dengan dalam-dalam. Tarik nafas perlahan melalui hidung dalam tiga kiraan dan hembus menggunakan mulut dengan kiraan tiga.
  • Minum air kosong untuk melawan keinginan tersebut
  • Sibukkan diri anda dengan perkara lain untuk mengalihkan perhatian anda daripada keinginan merokok.

Dapatkan Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok (PKBM)

PKBM merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam membantu perokok-perokok tegar meninggalkan tabiat merokok. Ia bertujuan untuk memeudahkan penghijrahan tersebut dengan teknik terapi modifikasi tingkah laku, terapi farmakoterapi atau kombinasi kedua-duanya dalam tempoh enam bulan.

Berikut merupakan senarai hospital yang menawarkan PKBM. Dan disini untuk mendaftar.

Melalui PKBM, anda dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anda untuk berhenti merokok secara komprehensif. Dengan mengahadiri setiap temujanji yang telah disyaratkan, anda mungkin akan dapat menghindari tabiat ini secara kekal. Sewaktu menjalani rawatan, anda perlulah mempunyai pemikiran yang terbuka dan positif terhadap rawatan yang diberi.

E-ciggarette

Rokok-rokok elektronik pada mulanya bukanlah dipromosikan sebagai langkah mengurangkan tabiat merokok, tetapi para perokok melihatnya sebegitu rupa.

Kajian menunjukkan bahawa ianya kurang ketagihan jika dibandingkan dengan rokok sebenar, dan terdapat kaitan dalam penggunaan rokok elektronik dan pengurangan penggunaan rokok betul.

Walaubagaimanapun, kajian terhadap rokok elektronik ini masih baru dan para pengkaji masih giat dalam mendalami kesan-kesan sampingannya.

Keputusan untuk berhenti merokok sebenarnya bukanlah sesuatu yang mudah. Seseorang itu memelukan sokongan yang kuat daripada orang-orang yang dekat dengan perokok. Langkah-langkah diatas adalah inisiatif yang boleh dicuba, tetapi ia tidak akan menunjukka sebarang hasil sekiranya tiada iltizam dan keinginan yang kuat daripada perokok itu sendiri.

Sumber: Medical News Today, KKM

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...