Wednesday, May 8, 2019

Bahaya, Jangan Sesekali Memanaskan Semula Juadah Sayur Bayam

bahaya, jangan sesekali memanaskan semula juadah sayur bayam
Sayur bayam mengandungi vitamin A, vitamin B, vitamin C, zat besi, dan kalium. Bayam sememangnya memiliki banyak khasiat dan manfaat untuk tubuh kita antaranya ialah mengatasi kurang darah, menurunkan demam, meningkatkan fungsi ginjal dan masih banyak lagi.
Dan disebabkan itu bayam sering menjadi menu masakan pilihan untuk kita semua. Tapi tahu tak anda bayam mempunyai efek sampingan yang merbahaya?
Sayur bayam boleh menjadi bahaya jika dipanaskan semula selepas 12 jam. 

Menurut laman Eufif.org, bayam memiliki kandungan nitrat yang sangat tinggi. Tinggi atau rendahnya kandungan nitrat ini ditentukan oleh tanah tempat bayam tumbuh. Apabila kandungan nitratnya semakin tinggi, maka kadar bahayanya semakin tinggi. 

Jika sayur bayam dipanaskan semula, kandungan nitrat di dalamnya dapat berubah jadi sejenis cairan korosif yang tidak berwarna, dan cairan tersebut merupakan jenis asid beracun.
Selain itu, nitrat juga boleh berubah menjadi nitrosamin, sejenis bahan yang menyerupai zat karsinogen yang dapat menyebabkan kanser.
Perubahan nitart tersebut adalah disebabkan oleh perubahaan suhu yang terjadi selama proses pemanasan kembali sayur bayam.

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...