Thursday, May 16, 2013

Lelaki Rajin Mengemas Lebih Kerap Berasmara


Lelaki Rajin Mengemas Lebih Kerap Berasmara

Lelaki Rajin Mengemas Lebih Kerap Berasmara - WASHINGTON : Pasangan yang banyak melakukan kerja rumah dikatakan mempunyai hubungan yang lebih intim dan lebih banyak berasmara.
Malah, jika pasangan sibuk melakukan kerja rumah, berkemungkinan besar mereka lebih kerap berasmara, menurut satu kajian terbaru.

Dr Constance Gager, dari Universiti Montclair di Amerika Syarikat berkata: Kami menjangka jika suami menghabiskan lebih banyak masa melakukan kerja rumah, isteri mereka kurang letih dan lebih gemar untuk melakukan hubungan intim.

Apa yang mengejutkan dalam penemuan itu ialah bagi suami dan isteri, lebih masa melakukan kerja rumah dikaitkan dengan kekerapan hubungan seks meningkat.

Tinjauan ke atas 6,877 pasangan berkahwin mengenal pasti memasak, membasuh pinggan dan membasuh baju serta membayar bil, semuanya dikaitkan dengan hubungan intim.
Ia tidak kira berapa usia perkahwinan atau berapa lama mereka sudah berkahwin, penemuan itu adalah sama.

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...