Saturday, May 11, 2013

Petua Untuk Meyakinkan Diri Anda Bahawa Wanita itu Masih Sukakan Anda




Petua Untuk Meyakinkan Diri Anda 

Bahawa Wanita itu Masih Sukakan Anda

1. Yang terang dan nyata lagi bersuluh, wanita itu akan selalu hubungi anda tidak kira pagi, petang, siang atau malam. Kalau dia selalu beri alasan bahawa dia sibuk 24 jam, itu maknanya dia tidak berapa suka untuk melayani anda. Kalau begitu keadaannya, anda janganlah pula muka tembok. Kalau dia betul-betul sukakan anda walau sesibuk mana pun, dia pasti akan menghubungi anda walaupun sekejap sahaja.

2. Dia sanggup berkorban demi anda. Cuba anda pinjam duit atau harta benda dia. Jika dia sanggup pinjamkan duit atau apa benda sahaja untuk anda, itu bermakna dia memang rela melakukan apa sahaja demi untuk kebahagiaan anda. Juga bermakna, dia tidak sanggup lihat anda dalam kesusahan.

3. Kalau dia cemburu apabila anda bercerita mengenai perempuan lain, itu tanda positif. Itu bermakna dia tidak mahu ada orang lain dalam hidup anda berdua.

4. Dia akan memperkenalkan anda pada kawan-kawan dan keluarganya. Dia berasa megah memper kenalkan anda dengan rakan-rakannya. Lebih-lebih lagi jika dia bawa anda berjumpa keluarganya. Itu juga bermakna hubungan anda sudah menjadi serius.

5. Dia mengambil tahu tentang famili dan diri anda dan tahu asal usul anda. Dia juga ingat harijadi anda dan amat peka dengan hal-hal peribadi anda.

6. Dia tunjuk minat terhadap anda apabila berbicara atau berbual. Fikiran dan konsentrasinya hanya untuk anda.

Daftar Streamyx, UNIFI, P1, Time Broadband, Line Telefon TM, Maxis Fibre dan Celcom Broadband anda secara online di sini dengan PERCUMA. 
 
Call/SMS/Whatsapp/Viber : 0192595019

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...