Tuesday, May 21, 2013

Petua Untuk Orang Yang Gagal Dalam Percintaan



Petua Untuk Orang Yang Gagal Dalam Percintaan

a. Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang salah supaya anda dapat menjadi penilai yang baik.

b. Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang salah supaya anda sedar bahawa anda hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

c. Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang salah supaya anda dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

d. Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang salah supaya anda lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal.

e. Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan anda suatu hari akan sampai ke penghujungnya. Hari esok pun anda sendiri tidak pasti samada menjadi milik anda. Gapailah keredhaan ALLAH s.w.t. dengan melaksanakan suruhan-NYA dan meninggalkan laranganNYA. Percayalah sesungguhnya ALLAH tidak mahu menolak permintaan hamba-NYA yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan hanya kepada-NYA.

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...