Saturday, May 11, 2013

Petua Untuk Payudara Tegang dan Anjal




Petua Untuk Payudara Tegang dan Anjal


Terdapat pelbagai petua Melayu untuk membantu mengembalikan ketegangan dan keanjalan payu dara. Mungkin hasilnya tidak drastik namun sekurang-kurangnya penampilan nampak lebih yakin dan menarik. Antara petua-petuanya ialah:

1. Labu - Kupas sebiji labu dan masak sehingga empuk/lembik. Ramas labu itu ketika masih suam. Kemudian sapukan pada keseluruhan payu dara. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas. Amalkan petua ini sebanyak 2 kali seminggu.

2. Daun Sirih – Daun sirih mempunyai peranan penting dalam menganjalkan payudara. Sediakan beberapa helai daun sirih. Layurkan di atas api dan angkat setelah agak-agak panas. Hati-hati supaya daun sirih tidak terbakar. Kemudian tekapkan kepada payudara. Bentukkan ia seperti cawan kopi tetapi tidak menutup puting. lakukan langkah yang sama terhadap payudara satu lagi. Selepas itu, pakai coli seperti biasa dan biarkan sehingga 2 atau 3 jam. Amalkan petua ini setiap hari.

3. Urutan - Anda juga boleh memilih urutan bagi mendapatkan payudara yang diingini. Urut dengan mengelilingi payudara dikatakan dapat mengurangkan rasa sakit dan denyutan apabila ia mengeras.

4. Senaman Payudara - Caranya mudah dan tidak mengambil masa yang lama, iaitu dengan menegakkan badan dan genggam kedua-dua tapak tangan. Tolak ke arah berlawanan dan lakukan selama 10 hingga 20 minit mengikut kemampuan.


Daftar Streamyx, UNIFI, P1, Time Broadband, Line Telefon TM, Maxis Fibre dan Celcom Broadband anda secara online di sini dengan PERCUMA. 
 
Call/SMS/Whatsapp/Viber : 0192595019

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...