Thursday, May 16, 2013

Soal Jawab Agama : Hukum Mencari Rezeki Dengan Mengambil Gambar Orang


Assalamualaikum,
Soal Jawab Agama : Hukum Mencari Rezeki Dengan Mengambil Gambar Orang
Saya membuat perkerjaan mejadi jurugambar perkahwinan separuh masa. Dalam proses itu ada terdapat pengantin perempuan yg tidak memakai tudung/mendedahkan aurat rambutnya semasa proses bersolek oleh mak andam. Pengantin berkehendakkan saya mengambil gambar gambar nya disolek oleh mak andam. Kemudian selepas pengantin siap bersolek, dia akan memakai tudung penuh menutup aurat untuk upacara akad nikahnya dan perkahwinannya.

1) Adakah dibolehkan saya mengambil gambar pengantin perempuan yg sedang disolekkan yg tidak menutup rambut kerana dia diminta oleh pengantin perempuan?

~~Reply: wsm Hukum alat atTasweer (fotografi) adalah mubah di sisi jumhur (Dr Qardhawi dalam Halal dan Haram, Syaikh alBukhit, Mantan Mufti Mesir (aljawab asSyaafi), manakala Haram di sisi haiah Kibr ulama’ Arab Saudi dan Imam alMuhaddith alAlbani rh dari Syria. Mengikut Dr alQardhawi, walaupun fotografi harus hukumnya, tapi hukumnya bergantung kepada Objek fotografi atau objek yg di ambil oleh fotografi itu. Jika gambar yg diambil adalah gambar bogel, maka ketika itu hukum fotografi adalah haram. begitu juga gambar perempuan yg membuka auratnya. Hukum yg kedua: hukum melihat awrat perempuan tanpa keperluan yg dharurat (spt perubatan bg seorang doktor), maka hukumnya adalah haram. Maka hukum anda mengambil gambar2 perempuan yg mendedahkan aurat adalah haram hukumnya. permintaan pelanggan bukanlah alasan utk mengharuskan yg haram.


2) Apakah rezeki yg saya terima dari mengambil gambar pengantin sedang disolekkan ini halal?

~~Reply: Tidak halal. Ini kerana mengikut kaedah fiqih: al hukum bil wasilah hukmu bil maqosyid (hukum bagi wasilah adalah hukum dari maksud), ia datang dari kaedah fiqih: Ma haruma isti’maaluh, haruma ittikhaazuh (yg haram penggunaannya, haram pula memperolehnya) (Muhamamd alZarqa’, syarah qawaid/389)

3) Bagaimana pula dengan hasil rezeki gambar gambar pengantin perempuan yg menutup aurat penuh? Adakah rezeki yg diterima itu halal?

~~Reply: Halal. Ia kembali kpd hukum asal fotografi adalah harus dan harus pula rezki dari foto2 yg halal

4)Bolehkan saya menolak jumlah wang gambar pengantin perempuan yg tidak menutup aurat ini daripada keseluruhan wang hasil gambar perkahwinannya? Maknanya saya hanya memakan hasil gambar yg diambil pengantin wanita yg menutup aurat sahaja (memberikan hasil ini sebagai rezeki keluarga) dan hasil gambar yg tidak menutup aurat saya tidak memakannya (iaitu menggunakan hasil itu dengan membeli kamera/filem baru). Contohnya harga pakej gambar ialah RM100. Katakan ada 40 (40%) keping gambar pengantin wanita tidak menutup aurat rambut dan 60 (60%) keping lagi menutup aurat penuh. Jadi saya memberikan rezeki RM60 itu kepada keluarga saya dan RM40 itu saya tidak memakannya (dan menggunakan RM40 utk membeli filem/lensa etc)

~~Reply: Amalan spt ini sebenarnya tidak pernah dilakukan oleh orang Islam sebelum ini khususnya di zaman salaf assoleh. Mereka berpegang teguh dgn hadis asySyarif, Hadis no 6 dalam Matn arba’een anNawawiyah (Matan hadis 40 Imam syarf anNawawi) dari Nu’man bin Bashir yg dikeluarkan oleh Dua Sahih Bukhari-Muslim,” ” Sesungguhnya yg Halal itu jelas, yg haram itu jelas dan di antara kedua-nya banyak perkara syubhah (samar2) yg kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.” Maksudnya jika kita melakukan begitu, cuba membuat perakaunan (accounting) ini dari sumber halal dan ini dari sumber haram. ini kerana kita takut accounting itu tidak tepat dan masih ada yg syubhah. Lagipun dalam tubuh orang Islam itu tidak berhimpun sifat toleran kepada yg haram dan syubhah. Dia hanya mengutamakan Halal bayyin dalam semua urusan hidupnya. Dalilnya: “Allah sekali-kali tidak menjadikan bg seseorang dua buah hati dalam rongganya.” AQ 33:04 Maksud ayat ini, orang Islam dia hanya ada satu buah hati, ada satu pilihan, hanya memilih yg halal sahaja dan menjauhi syubhah apatah lagi yg haram dalam urusan hidupnya. Bagaimana solusinya: Anda hendaklah ada rakan kongsi perempuan atau mungkin isteri anda sendiri yg ditugaskan mengambil gambar2 belakang tabir itu.
sekian….

* Islam tu mudah tapi jgn ambil mudah pasal Islam

* mencari yg halal itu wajib bagi umat Islam
Disini saya ingin berpesan kepada Sahabat sahabat sekalian… Dalam mengerjakan sesuatu pekerjaan itu harus dititik beratkan hukum agama… Jangan disebabkan inginkan keuntungan didunia kita rugi di akhirat kelak… Insyaallah..