Sunday, May 5, 2013

Wanita Bertunang Kemaruk Seks


Wanita Bertunang Kemaruk Seks
Wanita Bertunang Kemaruk Seks - DUNGUN : Seorang wanita yang sudah bertunang sanggup menjadikan hotel murah di pantai peranginan Kuala Abang, di sini sebagai tempat memuaskan nafsu bersama lelaki lain, gara-gara kemaruk seks.

Hubungan sulit itu terbongkar apabila rumah tumpangan yang disewa secara bulanan oleh lelaki itu diserbu pihak berkuasa, petang kelmarin.

Ketika serbuan dibuat kira-kira jam 5 petang, wanita yang berasal dari Kampung Seberang Pintasan itu dikatakan baru selesai melakukan perbuatan terkutuk bersama teman lelakinya yang bekerja sebagai penjual ikan di Kompleks Perikanan Kuala Dungun.

Setelah disoal siasat penguat kuasa, wanita itu mengaku sudah beberapa kali memuaskan nafsu dengan teman lelakinya yang berasal dari Kampung Baru Kuala Abang.
“Kami pernah melakukan perkara sama beberapa kali sebelum ini di beberapa lokasi, jadi bila dia menyewa bilik di sini, dia menjemput saya ke sini untuk puaskan nafsu,” katanya.

Wanita itu yang merupakan anak keempat daripada lima beradik memberitahu :Sinar Harian: bahawa dia bakal melangsungkan perkahwinan dalam tempoh terdekat.
Katanya, dia juga pernah melakukan perkara sama beberapa kali bersama tunangnya ketika bermalam di rumah bakal mentuanya.

“Bagi mengelakkan perbuatan itu diketahui, kami melakukannya pada lewat malam di dalam bilik tunang saya setelah kedua-dua orang tua nyenyak.

“Bila jumpa kawan saya di hotel, kami puaskan nafsu juga tetapi perbuatan saya ini tidak diketahui tunang saya,” katanya.

Sementara itu, hasil pemeriksaan mendapati lelaki yang ditahan terlibat penyalahgunaan dadah.
Polis menemui tiga paket plastik di atas meja di dalam bilik hotel dan setiap satu mengandungi 10 pil kemerahan disyaki pil kuda.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor yang mengesahkan tangkapan itu berkata, lelaki terbabit ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Ujian air kencing mendapati wanita itu positif dadah dan dia ditahan mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Ketua Penguat kuasa Syariah, Jabatan Agama Daerah Dungun, Yusuf Musa mengesahkan pasangan itu turut ditahan mengikut Seksyen 31 (a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu kerana kesalahan khalwat.

“Jila jika sabit kesalahan, mereka boleh dijatuhkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. – Sinar Harian