Tuesday, May 27, 2014

10 tanda lelaki takde duit


10 tanda lelaki takde duit

firstly kpd kaum adam skalian aku nk tanya korang..korang pernah rasa tak bila awek korang ajak date tapi hati korang cm berat je nk pg coz korang dah takde duit ? bg kepada yang berkemampuan takpe lah tp bg yg kurang ada kemampuan.so tajuk diatas actually benda ni aku mmg nk dedikasi kan benda ni kepada golonga kaum hawa bila kaum adam mcm aku dan yang lain-lain ni takde duit (bukan kedekut ok) coz bagi lelaki, perkara paling sensitif dalam hidup mereka apabila disentuh soal kewangan. Jadi, mereka tidak akan sesekali memberitahu kepada kamu tentang masalah berkaitan wang ringgit (ego punya pasal)

so antara tanda-tandanya adalah seperti berikut:

1. Menghabiskan masa di rumah
Setiap kali tibanya hujung minggu, kaum adam lebih gemar menghabiskan masa bersama ahli keluarganya di rumah daripada keluar bersama pasangannya.
“Daripada keluar tidak berduit, lebih baik aku menghabiskan waktu untuk tidur dan bersantai di rumah.” Keputusan yang dibuatnya itu atas alasan ingin bebas daripada beban kewangan maklumlah kalau sekali date paling kurang pon RM 50 atau mungkin lebih.

2. Menonton DVD/Melayari internet/Main game sebagai hobi
Saat poket kaum adam makin kering, hobi yang paling practikal ringkas dan mudah adalah membuang masa sambil menikmati makanan ringan di rumah daripada keluar bersiar-siar atau menonton wayang.
Lebih Jimat

3. Makan di gerai murah
Jika sebelum ini, si dia sering mengajak kamu menikmati hidangan di restoran-restoran eksklusif atau mewah. Tetapi kali ini, dia mengambil keputusan membawa kamu ke gerai-gerai yang murah harga makanannya.

4. Pulang awal
Selepas menjemput kamu dari pejabat, kebiasaannya kaum adam akan terus membawa kamu pulang ke rumah. Padahal, kebiasaannya si dia selalu membawa kamu keluar makan bersama.
Alasannya: “Sebenarnya, memang saya berhajat untuk membawa kamu keluar bersama, tapi tetiba saya rasa mcm penat lah, apa kata kita balik saja.”

5. Tiada hadiah ulang tahun
Selama ini, si dia tidak pernah ketinggalan memberi hadiah menjelang ulang tahun kamu berdua atau menjelang hari-hari istimewa. Tetapi kali ini, kaum adam hanya memberikan ucapan tanpa pemberian sebarang hadiah.
Alasannya: “Saya belum menemui sebarang hadiah yang sesuai buat kamu, sabar ya…”

6. Hindari ajakan ke pusat beli-belah
Si dia kelihatan tidak tenang apabila kamu mengajaknya ke pusat beli-belah. Mungkin si dia takut apabila kamu menyuruhnya membelikan sesuatu untuk kamu.
Alasannya: “Lain kali sahajalah kita pergi.”

7. Destinasi legenda jadi pilihan
Tidak seperti biasa, si dia mengajak kamu mengunjungi ke tempat-tempat peninggalan sejarah lampau seperti muzium mahupun zoo.
Alasannya: “Ia merupakan destinasi yang aman dan tenang untuk kita berdua.”

8. Hanya menemani
Jika sebelum ini biasanya kaum adam akan sentiasa mkn bersama dgn pasangan nya tapi kalo ini dia hanya akan kata ‘menemani’, ia bererti tiada keperluan untuknya membelanja kamu.
Alasannya: “Maaf, saya sudahpun menikmati hidangan di rumah, saya teman kamu saja ya?” Itulah jawapannya ketika kamu mengajaknya makan di luar

9. SMS sahaja
Kebiasaannya, setiap saat dan minit si dia rajin menelefon kamu, tetapi kali ini dia lebih gemar menghantar mesej menerusi khidmat pesanan ringkas atau SMS.
Alasannya: “Apa kata kita SMS sahaja, pasti lebih murah dan berbaloi.”

10. Kereta rosak
Tanpa kamu bertanya, si dia menceritakan soal berkaitan keretanya yang kian meragam. “Selalunya ok, tetapi hari ini saya terdengar suatu bunyi pada enjin, takutnya… Kenapa ini.”
Begitulah alasannya. Si dia mungkin sukar berterus-terang kepada kamu tentang masalah kewangannya dan dia mengharapkan kamu faham keadaan itu melalui perubahan tingkah lakunya..

p/s : tapi secara realitinya kebiasaannya lelaki tidak akan menampakkan bahawa dia takde duit jika pasangan nya mengajak dia keluar atau sebagainya, habis terdesak pon pasti die akan pinjam duit dekat kwn-kwn.

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...