Saturday, May 24, 2014

Piala Thomas: Adakah sejarah kegemilangan '92 bakal berulang?


KUALA LUMPUR: Kejayaan Malaysia menjulang Piala Thomas 22 tahun lalu ketika menentang pasukan Indonesia tidak pernah pudar dari ingatan.

Begitu juga setiap kali berlangsungnya Kejohanan Badminton Piala Thomas, setiap kali itulah aura dan semangat 1992 meresap kembali.

Tanggal 16 Mei 1992, Piala Thomas berjaya dirangkul oleh Malaysia selepas menundukkan Indonesia, 3-2.

Pemain Malaysia pada waktu itu Rashid Sidek, Foo Kok Keong, Kwan Yoke Meng, dan dua pasangan beregu Razif Sidek-Jalani Sidek dan Cheah Soon Kit-Soo Beng Kiang.

Kejayaan tersebut diraih selepas 25 tahun iaitu kali terakhir pasukan Malaysia bergelar juara pada tahun 1967.



Perlawanan akhir Piala Thomas 1992 ketika itu berlangsung di Stadium Negara dengan diiringi lagu ‘Fikirkan Boleh’, yang sehingga kini lagu tersebut cukup sinonim dengan setiap perlawanan Piala Thomas yang melibatkan Malaysia.

Saat kemenangan

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu"

Mengimbas kembali, anak keluarga Allahyarham Datuk Sidek, iaitu Rashid berjaya menewaskan  pemain handalan Indonesia, Ardy Bernardus Wiranata ( 15–11, 10–15, 15–8) dalam saingan perseorangan tetapi abang-abangnya, pasangan beregu Jailani dan Razif tewas mengejut kepada pasangan Indonesia Eddy Hartono dan Rudy Gunawan ( 9-15, 15-9, 3-15 ).

Perlawananan beregu kedua antara Soon Kit dan Beng Kiang menentang Rexy Manaiky dan Ricky Subagja berjaya memberikan mata kemenangan buat negara apabila mereka menang dengan mata 15-12, 10-15, 15-8.

Kedudukan 3-1 itu sekaligus melayakkan Malaysia mendakap Piala Thomas.

The moment of ecstacy


12 tahun kemudian, kita sekali lagi mara ke pentas final pada tahun 2002 namun gagal merampas semula gelaran juara. Sekali lagi,peluang ke pusingan akhir tiba tahun inidilakar menerusi pemain perseorangan Datuk Lee Chong Wei dan Chong Wei Feng serta pasangan beregu, Tan Boon Heong-Hoon Thien How.



No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...