Tuesday, June 3, 2014

Catuan Air di Selangor mungkin akan kembali sebab Loji Langat 2 X siap da 6 Tahun



KUALA LUMPUR - Pejabat Kaji Cuaca United Kingdom (UK) meramalkan kemungkinan besar fenomena El Nino yang mengakibatkan peningkatan suhu dan taburan hujan akan melanda rantau Asia Tenggara pertengahan tahun ini.

Pakar-pakar kaji cuaca tempatan belum dapat memastikan bahawa Malaysia akan mendapat tempias El Nino pada kali ini, namun jika ia berlaku kemungkinannya ialah Malaysia akan menghadapi keadaan musim kemarau berpanjangan selama enam bulan mulai pertengahan tahun ini.

Bagaimanapun, mereka mengingatkan pihak berkuasa terutamanya yang berkaitan pengurusan bekalan air supaya membuat persediaan awal menghadapi fenomena El Nino itu bagi mengelakkan krisis bekalan air yang serius..

Masyarakat Malaysia terutamanya di Lembah Kelang baru sahaja berasa “bernafas” dan lega dengan catuan air ditamatkan pada 1hb Mei, 2014 yang lalu. Namun ianya dikejutkan pula dengan fenomena El Nino yang bakal melanda Asia Tenggara dan beberapa bahagian di dunia bermula dari bulan Jun atau Julai ini. Kini tumpuan mengarah kepada persiapan jika benar-benar fenomena ini akan berulang lagi seperti yang diramalkan.

Dalam artikel kali ini, saya akan mengupas El Nino dari sudut teknikal dan ilmiah. Bagaimanapun saya akan sedaya-upaya menggunakan bahasa serta ilustrasi yang lebih mudah difahami oleh pembaca.

Menyingkap sejarah El Nino yang pernah melanda negara kita beberapa tahun lalu, ianya dianggap serius di tahun 1998. Ketika itu negara sedang dalam persiapan untuk menganjurkan Sukan Komanwelth tahun 1998 di Bukit Jalil. Catuan air hampir di seluruh negara serta mengakibatkan tanah kering kontang dan kemusnahan terhadap penanaman padi serta komuditi lain.

Artikel mengenai El Nino ini menjadi tajuk utama dalam pembacaan di dalam blog saya ketika ini. Ia di baca oleh purata 100 pembaca setiap hari untuk artikel ini sahaja. Rekod tertinggi bacaan harian bagi tajuk El Nino ini ialah pada 2hb/Jun/2014 dengan jumlah bacaan 362 orang pembaca. Terima kasih kepada anda

Akhirnya kerajaan mengambil pendekatan untuk membuat kajian melalui EPU di Jabatan Perdana Menteri tentang kemungkinan bekalan air di sebelah Pantai Barat Semenanjung diperolehi daripada Pantai Timur. Maka lahirlah idea untuk menyalurkan air dari Sungai Semantan, iaitu anak Sungai Pahang ke Selangor melalui Banjaran Titiwangsa. Melalui kajian seterusnya maka kini terbinalah Projek Langat 2 yang dalam pembinaannya.

Namun oleh kerana birokrasi dan kepentingan politik yang tidak sealiran antara kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan, maka Projek Langat 2 terpaksa ditangguhkan selama hampir 6 tahun. Jika Projek Langat 2 tidak mengalami penangguhan, maka kita di Lembah Kelang tidak akan terasa kesan El Nino ini.

-- copy paste --

DINASIHATKAN SELURUH NEGARA MENYEDIAKAN TONG AIR BESAR UNTUK KES EL NINO NI KALAU TERJADI SEBEUM BULAN PUASA NI.. KEMUNGKINAN CATUAN AKAN DILAKUKAN SELURUH NEGARA..

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...