Saturday, February 14, 2015

Cara daftar perniagaan secara online di SSM (step bergambar)


Saya daftar menggunakan online SSM. Senang je.Tak perlu gi beratur kat kaunter. Segalanya dihujung jari...Malam buat, esok pagi saya dah dapat sijil perniagaan/ perakuan pendaftaran.


Jadi sharing is caring. Meh saya sharing2.

Sebelum tu.Ape yang perlu anda tahu?

ROB - Untuk perniagaan Enterprise
ROC - Untuk Sdn bhd

Bayaran pendaftaran perniagaan baru.
Untuk pemilikan tunggal (nama diri) - RM30 setahun. Bermakna kalau 5 tahun RM30x5
Untuk pemilikan tunggal (nama trade) dan pengkongsian - RM60setahun. Bermakna kalau 5 tahun RM60x5.

Tindakan jika gagal mendaftar perniaagan ialah denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Tolong betulkan ea kalau ade yang tersalah.

1. Mula-mula boleh bukak website ni http://www.ssm.com.my/

Anda akan ke page ini.


Click e-Lodgement di kotak warna purple tu.

2. E-Lodgement

Ini dia benda yang anda kena buat. Step by step. myPortal tu nanti saya jelaskan ape kebendanya tu.
Next. Sila klik link no 1.
3. Pendaftaran pengguna portal MyGovernment (PSP)
Sila isikan maklumat yang diberikan. Bila dah daftar untuk verify anda kena cek email. Anda akan dapat macam ni.

Next. Sila klik link no 2.
4. Pendaftaran Pelanggan SSM.
Yang ni pun kena daftar. Sila isi form yang diberi sampai la anda diminta untuk bayar RM5.00 untuk yuran selama setahun untuk e-lodgement perniagaan dan RM120 untuk e-lodgement syarikat.. Cara bayaran boleh guna credit card(mastercard dan visa sahaja) atau debit/FPX..Kalau nak guna online banking macam maybank2u boleh klik debit/FPX. Bila dah bayar anda akan dapat email ni.


Nampak tu bayaran RM5.00


Lepas je isi ni anda akan dapat page macam ni. Ni adalah page https://www.malaysia.gov.my/


Ini la dia page myPortal kalau dari website SSM. Tapi selepas daftar anda akan ke page https://www.malaysia.gov.my/ . Saya nasihatkan sila isi penuh semua maklumat peribadi supaya senang untuk langkah selepas ini. Boleh tekan 'ubah'di kotak warna purple tu. Sila cek maklumat dengan betul termasuk la tarikh lahir walaupun tadi dah isi. Yang berwarna merah tu 'transaksi'  adalah segala maklumat tentang borang yang dah dihantar/dalam proses/tidak lengkap. Semua boleh cek kat situ untuk pastikan status borang kite. Macam bawah ni.


Nampak description tu. Ade not submitted, submitted, approved. Ni borang yang anda akan isi sekejap lagi samada dah submit ke belum, nama syarikat dan pendaftaran syarikat dah di approve atau belum.
Anda boleh klik banner atas tu untuk ke page home. Bawah ni home page government..

Dalam kotak merah tu ada 'My Page' kalau nak pergi ke maklumat peribadi anda seperti diatas

Next. Sila klik no 3 di page SSM. atau myGovernment di kotak merah diatas
5. SSM- Permohonan kelulusan nama perniagaan (ROB).

Klik 'online service' kotak purple tu. Page dia memang kosong camni ea.

Sila install Adobe reader vers 8 keatas. Kalau dah ada boleh klik 'Ok'

Sila baca syarat-syarat untuk nama syarikat di kotak hijau. Ikut step yang di beri.
Klik no. 1 untuk 'Open Form'. Anda akan pergi ke page dibawah.

Isi semua maklumat. Jenis perniagaan anda kena jelaskan contoh macam online store -jual baju, kasut dan ...Dah siap boleh tekan finish.

Klik no. 2 plak. 
Lepas tu klik no. 3 'Submit' button.
Siap!!!!
Boleh pergi kat transaksi  seperti diatas untuk semak status borang samada dah approve atau belum. Kejap je diorang approvekan. Dah approve boleh pergi langkah seterusnya. Kalau tak approve kena ulang balek isi. Tukar nama perniagaan tu balek.

Selesai untuk pendaftaran nama perniagaan.

Next. Sila klik no 4 di page SSM atau kalau guna mygovernment ke gi step ni dulu.

6. SSM - Pendaftaran Perniagaan (ROB)

Klik 'Perkhidmatan Atas Talian' kotak berwarna kuning tu.

Klik link kotak purple tu.

Ikut langkah di atas. Search "ROB". Klik link no 3.

Klik.

klik.

Tekan Open form A kotak purple tu. Isi borang dia bawah. Kalau takade cawangan boleh pergi terus ke step 3.Isi borang dibawah dulu ea.


page 1
"Name approval no" tu tengok kat transaksi. Masukkan no lepas tu verify. Nanti automatik business nama kat bawah tu keluar nama perniagaan yang korang dah daftar tu. Semua maklumat dah auto isi. Just cek jer. Klik finish. Ni ada 2 page. Jadi setiap page diwajibkan klik finish.

page 2
Untuk business type tu tekan search. Anda akan pergi ke page di bawah.

Ok taip jenis perniagaan anda ape.
Ikut step. Tekan select. Automatik ape yang kita select tu akan masuk kat borang atas.

Siap tekan finish.

Anda akan balek ke page ni. Dah siap tekan submit sampai la ke proses pembayaran. Untuk pendaftaran setahun anda dikehendaki membayar RM60.00 jika menggunakan trade name. Dah bayar anda akan dapat email macam ni.

Berjaya. Cek kat transaksi balek untuk tengok status borang.

Sekarang tunggu approval dari ssm.Dah approve boleh cek email. Anda akan dapat sijil perakuan pendaftaran seperti email dibawah. 


Sekejap je diorang approve. Saya buat kol 8 malam. Esok pagi kol 8 dah dapat dah.Dah boleh download perakuan ni.

Alhamdulillah. Siap semua. Sorry panjang sangat supaya mudah untuk korang buat.

Tak larat dah nak type.

Wasalam.





         WhatsApp/SMS: +6019-2595019 | Wechat : chulax84 | Email : chulax12[@]gmail.com

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...