Saturday, February 14, 2015

Khasiat Bawang Putih untuk Kesihatan Seksual Lelaki

Percaya kah anda khasiat bawang putih untuk kesihatan seksual lelaki? Jangan tak percaya ye, ini adalah realiti. Lelaki-lelaki dari zaman dahulu kala mengamalkan makan bawang putih mentah untuk menyembuhkan dan menjaga kesihatan seksual mereka dari segi stamina. Maklum la, itu kan lambang lelaki sejati.. So bagi anda yang ada masalah berkaitan, sila jangan pandang sebelah mata akan kehebatan khasiat bawang putih untuk kesihatan seksual lelaki. Para isteri jika inginkan suami yang berstamina tinggi dan mampu bertahan lebih lama ketika melakukan hubungan intim, sila pastikan suami anda makan bawang putih setiap hari!




Bawang putih menstabilkan dan meningkatkan aliran darah ke organ-organ penting terutamanya penis. Dengan aliran darah yang mencukupi, menjadikan ia dapat berfungsi dengan baik. Bawang putih juga meningkatkan libido atau dengan kata lain keinginan untuk melakukan hubungan intim.

Kajian pada tahun 2007 oleh Universiti Alabama di Birmingham menunjukkan, bawang putih menghasilkan sejenis kompoun yang dikenali sebagai hidrogen sulfida yang bertindakbalas dengan sel-sel darah merah. Tindakbalas antara hidrogen sulfida dan sel-sel darah merah ini menyebabkan pembuluh darah menjadi relaks.

Selain dari menstabilkan aliran darah ke penis, pembuluh darah yang relaks merupakan langkah pertama dalam menurunkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan kesihatan jantung. Menurut penemuan oleh John Elrod dan David Lefer, phD dari Albert Einstein College of Medicine, Hidrogen Sulfida mencegah kerosakan sel-sel dan tisu jantung yang biasanya terjadi dikalangan pesakit jantung.

Jika anda merupakan seorang lelaki yang sangat mementingkan kesihatan seksual dan kesihatan menyeluruh, sila jadikan bawang putih mentah sebagai tambahan dalam menu harian anda.



Bawang putih juga penting untuk kesihatan prostat dengan mencegah kanser prostat, mengecilkan saiz prostat dan melawaskan kencing. Oleh itu, untuk kesihatan menyeluruh mesti ingat untuk makan bawang putih mentah ye....

Bawang putih adalah perkara WAJIB ada dalam dapur rumah saya. Anda bagaimana?

Jika anda bermasalah untuk makan bawang putih mentah sebab tak sukakan rasa dan baunya atau malas nak buang kulit jangan jadikan ia alasan untuk mengabaikan pengambilan bawang putih untuk kesihatan seksual lelaki dan juga kesihatan menyeluruh. Tak perlu susah-susah, Shaklee Garlic Complex boleh membantu anda.

Kelebihan Garlic Complex Shaklee

  • Diperbuat dari bawang putih premium yang ditanam secara organik dan bebas dari peracun perosak dan baja kimia.
  • Dihasilkan secara eksklusif dalam suhu bilik untuk menjamin 100% alisin aktif.
  • Dwi-teknologi digunakan untuk mengawal bau bawang putih.
  • 2 tablet membekalkan 1,000mg ekstrak bawang putih tulen yang menyamai 2 ulas bawang putih segar.


Jangan biarkan masalah kesihatan seksual mengganggu keharmonian rumah tangga anda. Nikmati khasiat bawang putih untuk kesihatan seksual hari ni dan dalam masa yang sama mencegah penyakit jantung, strok akibat tekanan darah tinggi dan masalah prostat.


Harga sebotol Garlic Complex dengan kandungan 60 biji hanyalah RM47.50

Baca: Bahaya Vitamin E dan Alfalfa untuk suami isteri
Baca: Tak sabar nak jadi ayah? Tingkatkan kesuburan lelaki dengan COQHealth

Bagaimana nak dapatkan Garlic Complex?
Anda boleh mendapatkannya dari saya. Saya adalah pengedar Shaklee yang sah. Jemput hubungi saya ditalian berikut


No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...