Tuesday, March 10, 2015

Waja Campro 1.6 Fuel Pump

Hari ini aku menerima satu lagi bala, aku nak pi site visit kat Batu 6 1/2, Jalan Kepong, Kuala Lumpur, lepas saja area Pejabat Cawangan Serahan Pos Malaysia Kepong, enjin kete aku tetiba mati ngam-ngam kat 'T'- junction. Apa lagi si Heng la tukang tolak kete hingga ke tempat redup tepi jalan. Aku suruh Heng follow satu kete kontraktor untuk pi site visit dulu, while aku struggle start kete.


Dalam jam 2:35ptg aku call PESB Service Centre Kepong, aku di bagi macam-macam idea untuk start kete and si operator tu memadai-mandai cakap minyak itam kurang la, lampu ni patut padam la...aku tahu la aku dah drive kete ni dekat 4 tahun dan kete Waja baru ni je dah dekat 2 tahun.

Aku di minta menunggu dalam 30 minit untuk Breakdown Assistant datang menengok kete tu nanti...dalam jam 3:15 ptg datang la sorang mamat ni nama dia Azmadi Bin Othman dari Proton Edar.

First step dia cek circuit and power supply just to make sure ada supply atau tidak, tgk sumer supply ada termasuk la kabel connector kat seat belakang, then dia cek kat fuel pump pun ada supply, aku dah mula berpeluh..... akhirnya aku terpaksa akur, fuel pump aku dah kong..

Nasib baik mamat tu mmg standby fuel pump pasal kata dia semalam ada kes yang sama gak kat Genting so kebetulan barang tu tak jadi diganti so dia terbawa sekali dalam kete, kalu tidak menunggu lagi la aku...

Fuel pump ni aku ganti ngan harga RM 650, itu adalah harga yang dia bagi, then dia offer aku staff price diskaun 30%. (aku dalam hati dah rasa lain, ni sah dia makan sikit ni), aku on je la staff price, yang penting kete aku settle and the rest tu between dia ngan Allah saja...

So dia ganti pump baru dalam 15minit je settle, kata mekanik tu pump ni ada ori dan tak ori, yg original dia warna putih and bila rendam lama dalam petrol dia akan lebam tu semestinya la, yang tak ori dia warna coklat gelap, aku pun tak pasti la betul ke idak.

So ding ding dong dong, settle aku bayar dia RM 487 termasuk harga breakdown attandance RM31 (harga standard).

Nasib baik aku ada bawak cash few thousand kalu tak berpeluh.......

So bawah ni aku letak gambar-gambar post mortem fuel pump tu untuk pengetahuan korang, and also pic dia tengah pasang and checking nak detect sama ada supply problem atau fuel pump problem.

Moga dapat teladan....

pst : anyway aku balik umah kat Putra Heights, aku singgah kat bengkel kete yang biasa aku pi iaitu Top Mark Car Service Centre, menurut tokeh situ dia jual fuel pump harga RM350 (bukan ori) dan RM 450 (ori), so to me lebih kurang sama gak just proton minta duit kopi RM31 tu je..



Fuel pump sebelum di bogelkan, pelampung dan juga electric fuel detector



Fuel pump di bogelkan, nampak ada pelampung dan juga
oil filter yang attached with electric motor



Gambar dalam fuel pump untuk bahagian dasar, yang hitam tu adalah diafram dia dan dua saluran sebelah diafram tu adalah inlet untuk incoming dan outgoing fuel


Close up electric motor fuel pump



Dua saluran yang di kiri dan kanan saja digunakan, yang tengah tak pakai,tu masing2 inlet dan outlet



Fabric oil filter untuk final filtration process, agak kotor juga filter ni



Filter fabric ini aku tanggalkan dari electric motor, see the inlet dari filter ini ke electric motor



bahagian bawah electric motor fuel pump dimana filter fabric tu dipasangkan,
sume main klip plastik je



Fabric filter tu aku koyak kan untuk mengetahui sebersih mana petrol kita



Fuel pump sebelum diganti, baru lepas cek circuit and supply memang ada, tapi motor tak jalan



Semakkan litar dan supply power, menurut mekanik proton tu (En Azmadi) kata dia Waja selalu problem juga di bahagian power connector, so dia semak kat bahagian connector dulu untuk mengetahui ada supply power atau tidak. (connector kat pic ni adalah yang paling kanan sekali)



Fuel pump baru dipasang, proses dalam 15 minit sahaja for RM 487



Ini adalah fuel pump lama (yang asal masa aku memula beli kete ni pada 25 May 2006)



Pelampung dan fuel level detector, yang akan antar signal pada dashboard untuk bagi tahu kita tahap level minyak dalam tangki


Kod number Part untuk fuel pump

Mekanik yang handle aku hari ini adalah:
En Azmadi Bin Othman
Breakdown Assistant
24hr Breakdown Assist
Customer Management Centre Division
Proton Edar Sdn Bhd
Centre of Excellence Complex,
KM 33.8, Westbound Shah Alam Expressway,
47600, Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan
24hr breakdown: 1-800-888-398


No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...