Friday, June 10, 2016

Tubuh manusia mempunyai arus elektrik

 
Pernah tak anda mengalami keadaan seperti terkena renjatan elektrik ketika memegang besi (troli di supermarket), bersentuh tangan dengan rakan di sebelah yang memakai cincin, memegang tombol pintu  dan pelbagai lagi keadaan yang lain? Aku pernah. Tapi tak la kerap  sangat, sekali sekala. Jadi, tertanya-tanya jugak apa sebabnya. Keadaan ini adalah perkara biasa atau pun tidak. Lepas baca artikel mengenal hal ni, baru aku faham kenapa renjatan elektrik berlaku. Kat bawah ni adalah penerangan mengenai hal ini.

Menurut Dr. Azmi Alias, Pakar Perunding Bedah Otak dan Saraf (Neurosurgeri), Hospital Kuala Lumpur (HKL), memang terdapat sistem elektrik di dalam tubuh manusia. Bahkan, tubuh manusia merupakan sistem elektrik paling canggih dan kompleks berbanding semua perkakasan elektronik di dunia. Sistem elektrik pada tubuh manusia merujuk kepada pergerakan zarah yang bercas dalam sistem saraf apabila ransangan diberikan.  

Asasnya, sistem saraf terbentuk daripada neuron-neuron. Saraf diselaputi membran dan pada dalam serta luar saraf terdapat cecair yang mengandungi bahan bercas. Mineral dalam tubuh, kalium (potassium, K) dan natrium (sodium, Na) misalnya membawa cas positif dan klorida (chloride, Cl) membawa cas negatif. Dalam keadaan normal, cas lebih negatif terdapat di dalam saraf berbanding di luar saraf. Apabila berlaku ransangan, keseimbangan itu berubah dan cas positif memasuki ke dalam saraf. Daripada reseptor ia dibawa ke otak melalui saraf tunjang dan saraf periferi.

Tubuh manusia merupakan konduktor elektrik dan boleh menjana tenaga elektrik namun pada jumlah voltan yang terlalu kecil. Tenaga elektrik yang terhasil disebut elektrik statik kerana ia tidak mampu mencetuskan renjatan yang besar seperti barangan elektrik. Apabila seorang manusia menyentuh manusia yang lain, manusia yang mempunyai banyak cas negatif akan melantunkan cas negatifnya sekali gus mencetuskan renjatan kecil kepada manusia yang mempunyai cas pada bilangan normal atau kurang negatif.

Begitu juga jika manusia yang mengumpul banyak cas negatif itu menyentuh objek bukan elektrik yang neutral atau positif seperti besi, dia juga boleh mendapat renjatan elektrik. Namun, ini sebenarnya fenomena biasa dan bukannya penyakit. Ia bukan satu kuasa atau ciri seorang adiwira. Ia sebenarnya satu situasi yang berlaku dengan bantuan persekitaran dan tabiat manusia itu sendiri. 

Seseorang manusia itu dapat mengumpul lebih banyak cas negatif menerusi tabiatnya seperti gemar melakukan gesekan sama ada ketika berjalan atau duduk. Kulit tubuh yang bergesel dengan permukaan seperti kapas boleh menyebabkan cas negatif lebih banyak diperolehi. Ini kerana kulit manusia boleh menghasilkan tindak balas kulit galvanic apabila berlaku aruhan elektrik statik kerana tindakan seperti geselan. Begitu juga tabiat berjalan secara bergesek atau duduk sambil menggosok kaki atau kasut di atas permaidani yang diperbuat daripada kapas.

 Suhu persekitaran yang lebih sejuk dan lembap juga menggalakkan berlaku aruhan elektrik. Itu sebabnya kejadian ini lebih banyak berlaku di Barat semasa musim sejuk atau di dalam pejabat. Kilat juga berlaku ketika suhu lembap semasa hari hendak hujan. Kejadian itu banyak melibatkan kawasan lengan, mungkin disebabkan di kawasan siku terdapat saraf ulna yang bersifat superfisial kerana tidak terlindung oleh apa-apa otot.

Namun, bukanlah bermakna semua renjatan elektrik yang berlaku dalam tubuh bdan manusia ialah normal atau bukan penyakit. Terdapat beberapa penyakit yang juga mampu mencetuskan renjatan seperti elektrik seperti sindrom carpal tunnel, sakit tulang belakang cakera prolaps, trigeminal neuralgia dan penyakit sawan. 

Patutlah masa aku dalam tempat yang sejuk macam kat supermarket or shopping complex, rasa macam kena renjtan elektrik. Dah sejuk gila, mesti la gosok tapak tangan kan, kononnya nak bagi haba pada tangan. Mujur gosok-gosok, tak keluar api, hehehe... Kadang-kadang aku lapik dengan lengan baju bila nak pegang troli bila kat supermarket. So, korang lepas ni ambil precautions sebelum sentuh apa-apa, gunakan penebat elektrik, hohoho... 

Sumber