Saturday, August 5, 2017

Keluarga Muslim diperdaya McDonalds sengaja sembunyi bacon dalam burger




The incident took place on Monday at this McDonald's store on Point Mallard Parkway in Decatur

AMERIKA SYARIKAT - Satu keluarga Muslim mendakwa kakitangan restoran makanan ringan McDonald’s di Alabama sengaja menyembunyikan bakon (kepingan daging khinzir) dalam semua makanan mereka.

Keluarga yang dalam perjalanan dari New York itu dilapor berhenti makan di sebuah restoran McDonald’s di Decatur, Alabama.

Selepas memesan burger McChicken, keluarga Muslim itu terkejut apabila mendapati daging bakon tersembunyi di dalam burger mereka.

Malah, ada ahli keluarga yang telah termakan bakon berkenaan sebelum menyedarinya.a

Seorang pelanggan kemudian memuat naik video insiden tersebut menerusi video YouTube.

'Bakon dalam burger McChicken kami,” tulisnya.

Susulan insiden itu, Majlis Perhubungan Amerika-Islam (CAIR) Alabama menuntut penjelasan.

Pengarah Eksekutifnya Khaula Hadeed berkata: "Ini tidak seperti satu kesilapan, terutamanya kalau bakon itu ada dalam kesemua 14 ketul burger.

"Dendeng daging itu sama ada terletak di atas ayam atau tersembunyi di bawah burger supaya (pengguna) tidak sedar. 

"Itulah sebabnya kami rasa ini disengajakan.”

"Mereka makan McChicken sepanjang masa di McDonald's. Mereka tahu apa yang mereka pesan - mereka tahu apa yang ada di dalam makanan itu,” tambah Hadeed.

Pertubuhan Islam itu turut mendesak pemecatan pekerja McDonald’s terbabit kerana tidak sensitif.


No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...