Tuesday, May 7, 2019

Cara Paling Selamat Untuk Bekukan Lauk Sehingga Tahan Sebulan

cara paling selamat untuk bekukan lauk sehingga tahan sebulan
Cara Bekukan Makanan.

Disebabkan ramai yang belum tahu cara untuk bekukan makanan, jadi saya nak share sedikit info yang saya tahu hasil bacaan saya.

Menurut coretan seorang doktor cara paling selamat untuk bekukan makanan ialah:
  • Bekukan terus selepas dimasak. Suam2 sikit dah boleh simpan.
  • Bahagikan makanan tersebut ke dalam bekas kecil untuk sekali makan sahaja.
  • Apabila makanan yang dibeku telah dipanaskan tidak selamat untuk dibekukan lagi.
  • Jangan bekukan makanan yang baki/lebihan selepas dimakan. Mesti bekukan yang baru dimasak.
  • Pilih bekas yang selamat untuk sejuk beku.
Info tambahan dari sumber² lain:
  • Jika stok makanan tersebut untuk 3-4 hari tidak perlu dibekukan. Memadai sekadar simpan di tempat sejuk sahaja.
  • Makanan yang dibekukan dengan suhu yang sempurna boleh bertahan lebih dari sebulan.
  • Untuk mengekalkan kesegaran makanan, bekukan makanan yang 3/4 masak serta pekat. Apabila dipanaskan nanti baru tambah air, sayur dan sebagainya.

Info gambar:

  • Gambar lama.
  • Saya selalu sediakan stok makanan untuk anak2 setiap kali saya ada urusan di tempat yang jauh.
  • Jika sekadar 3-4 hari saya tidak bekukan. Jika lebih dari tempoh tersebut baru saya simpan di tempat beku.
  • Saya tandakan "K" (kuah) supaya bibik tahu makanan perlu dipanaskan satu yang kering dan satu yang berkuah untuk setiap kali makan.

Semoga bermanfaat.
Terima kasih semua.

Kredit : ‎Busseroa Abd Jalil‎

1 comment:

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...