18/04/2011 3:55pm
TAWAU 18 April — Kira-kira 45 peratus daripada 1,159 pelajar yang menamatkan pelajaran di Kolej Komuniti Tawau berjaya memperolehi pekerjaan, kata Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.
Sehubungan itu, Tawfiq yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penasihat kolej tersebut menasihatkan lulusan kolej berkenaan agar meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi apabila tamat belajar di situ.
“Kerajaan sentiasa menyediakan pelbagai bentuk pengajian untuk memajukan masyarakat di negara ini. Sebagai contoh Modular Kebangsaan yang diwujudkan di seluruh kolej komuniti di negara ini,” katanya ketika merasmikan majlis konvokesyen ketujuh kolej itu, di sini hari ini.
Tawfiq berkata program itu bertujuan menyediakan laluan alternatif kepada pelajar lepasan menengah dan pelajar yang tercicir daripada pendidikan formal untuk meneruskan pelajaran.
Katanya selain menyediakan latihan kemahiran, kewujudan kolej komuniti juga membantu meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat setempat.
— Bernama
No comments:
Post a Comment