So, mari kite check beberapa fakta mengenai nuklear:
1) di negara barat, tenaga nuklear sudah digunakan dengan tersangatlah meluasnya...
Apa contoh sumber tenaga yang digunakan?hmm..macam sumber bahan api la macam tu...boleh menghasilkan tenaga elektrik dalam tempoh yg lebih lama selain kos penyelenggaraan yang lebih rendah..dan yang paling penting, boleh me'replace' sumber asli yang lain mcm minyak,gas..arang batu..sbb satu hari nanti sumber2 tersebut akan pupus....
..dan keturunan2 kita pulak akn susah bila xda sumber2 yg mcm tu..
2) contoh yang terdekat macam kat Korea Selatan. sejak 5 tahun yang lalu lagi depa ni dah mempunyai 20 reaktor nuklear. Oleh sebab demikian dorang gunakan hampir 40% tenaga elektrik dari sumber tenaga nuklear. Hebat kan?...
3) sumber nuklear ni juga.. bukanlah membantu dari segi penjanaan elektrik je..malahan boleh dikembangkan dengan pelbagai bidang.Contohnya, dalam perubatan, pertanian, pembuatan, teknologi senjata, alam sekitar dan sebagainya.
kalau dari segi:
perubatan: boleh melawan penyakit berbahaya seperti kanser.
pertanian: menghasilkan anak pokok yang bermutu tinggi, enzim serta baja.
pembuatan: membolehkan pengeluaran sarung tangan getah, resin dsb
alam sekitar: menjaga persekitaran
seperti dalam bidang marin dan pencemaran udara selain mengesan kebocoran atau paip tersumbat dalam industri minyak dan gas.
4) Malaysia juga mempunya sebuah reaktor nuklear penyelidikan di Bangi Selangor dan walaupun hanya satu..tetapi sumbangannya amat membanggakan.
Sooo, sebenarnya pendedahan terhadap tenaga nuklear di Malaysia ni tersangatlah perlahan dan menyebabkan ramai org kurang berpengetahuan mengenai perkara tersebut.
..yang mereka tahu nuklear adalah BAHAYA! dan TERSANGAT BAHAYA..
tetapi di sebalik BAHAYA ini terdapat kepentingan tertentu terutamanya dalam menjana ekonomi negara..
yang penting, kenelah memastikan reaktor nuklear ni xbocor dan ambillah langkah2 keselamatan serta bersama-sama memastikan dapat menjana tenaga nuklear yang lebih murah,bersih dan selamat...
wallahualam~
No comments:
Post a Comment