credit: Need for speed EA
Need for Speed Shift 2 Unleashed
Saat-saat yang dinantikan oleh kaki-kaki lumba, bukan di jalanan tetapi di atas sofa yang selesa, LCD TV, sistem bunyi ‘surround’ dan ‘joystick’ di tangan. Permainan simulasi perlumbaan yang penuh dengan debaran dan menaikkan kadar degupan jantung walaupun berlumba hanya di dalam rumah.
EA Games sejak dari dahulu lagi telah berjaya menaikan nama Need For Speed dengan siri-siri permainan perlumbaan di pelbagai konsol permainan dan mereka juga berjaya menarik pelbagai golongan dalam siri perlumbaan ciptaan mereka termasuklah pelumba profesional.
‘Need for Speed Shift 2 Unleashed’ adalah tajuk terbaru dari EA Games. Mereka telah berusaha menjadikan permainan simulasi lumba ini lebih realistik dalam pembikinan permainan ini dengan bantuan pemandu lumba profesional seperti Vaughn Gittin Jr., pemenang 2010 ‘Formula Drift’ dan Tommy Milner pernah muncul dalam NFS Shift 2 . Mereka telah sedikit sebanyak berkongsi pengalaman di litar lumba dengan EA Games dalam pelbagai aspek termasuk teknik pemanduan dan kawalan kenderaan, kedudukan dan gerak-geri pemandu serta ‘effect’ ketika impak kemalangan.
NFSS2 Unleashed membolehkan anda melakukan modifikasi semaksimum mungkin termasuk menentukan nisbah gear (gear ratio), menukar keseluruhan enjin dan ‘tune’ enjin mengikut citarasa anda dan ini semua tidak terdapat di dalam siri-siri sebelum ini.
Terdapat lebih kurang 119 model kereta dari 37 pengeluar kereta, 36 litar lumba dan 8 jenis cabaran perlumbaan. Anda sudah bersedia? Nantikan kemunculannya!
Tarikh pelancaran: 29 Mac 2011
No comments:
Post a Comment