GP Malaysia babitkan banyak syarikat tempatan: Najib
KIBARAN Jalur Gemilang dan sukan Formula Satu (F1) kini semakin sebati apabila tiga pasukan - Mercedes GP PETRONAS, Lotus Renault GP dan Team Lotus - bakal menjadikan Grand Prix Malaysia 2011 kali ini seperti beraksi di halaman sendiri.
“F1 sentiasa menjadi acara istimewa buat Malaysia tapi kali ini ia lebih istimewa lagi,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. “Tahun ini bahkan lebih istimewa dengan kehadiran beberapa pasukan yang mempunyai kaitan dengan syarikat-syarikat tempatan.
“Belum pernah acara ini disertai begitu banyak syarikat tempatan yang menyaksikan GP Malaysia di litar Sepang menjadi perlumbaan laman sendiri buat beberapa pasukan.”
“Kesungguhan Malaysia dan imej cemerlangnya akan terpancar tahun ini di setiap pusingan perlumbaan di seluruh dunia dengan penyertaan Mercedes GP PETRONAS, Lotus Renault Racing yang disokong Proton, 1Malaysia Team Lotus dan Virgin Formula 1 Racing yang menampilkan Q-Net sebagai rakan kongsi penting musim ini,” kata Najib.
Najib menambah, sebelum litar Sepang mula digunakan pada 1999, Malaysia sudah lama menjadikan sukan F1 sebagai pentas mempromosi jenama tempatan apabila Tourism Malaysia menumpang populariti pasukan Stewart Grand Prix pada 1997.
Sumber : Berita Harian Online
No comments:
Post a Comment