Saturday, April 9, 2011

Pasukan mana paling dekat di hati peminat?



DI KALANGAN tiga pasukan yang ada kaitan dengan Malaysia, Team Lotus, Lotus-Renault dan Mercedes GP, yang mana satu paling dekat di hati peminat negara ini pada Grand Prix Malaysia 2011, esok?
Setiap orang ada sebab tersendiri untuk menyokong salah satu di antara pasukan tersebut.
Persoalannya, daripada ketiga-tiganya, pasukan mana yang benar-benar atau paling ketara menonjolkan ciri atau identiti Malaysia?

Di manakah letaknya identiti Malaysia dalam pasukan tersebut yang menjadi kelebihan untuk meraih sokongan penonton kelak?

Mercedes GP Petronas F1 mempunyai pertalian erat dengan Malaysia kerana ditaja oleh konglomerat petrolium negara, Petronas.

Ia bukan pasukan baru kerana pasukan yang berpangkalan di Northamptonshire, United Kingdom dan Stuttgart, Jerman ini merupakan satu nama besar dalam F1 sejak tahun 1950-an.
Pada 1955, ia meninggalkan F1 dan kembali ke trek pada 2009. Diakui Mercedes GP cukup popular di kalangan peminat negara ini kerana ia membariskan legenda F1, Michael Schumacher dan pelumba muda Nico Rosberg.
Lain pula ceritanya bagi dua pasukan yang turut ada kaitan dengan Malaysia.

Perebutan siapa lebih berhak menggunakan nama Lotus di antara Team Lotus dan Lotus-Renault, yang masih dibicarakan di mahkamah, menambahkan lagi kehangatan perlumbaan di Sepang.
Menjelang GP Malaysia, kedua-dua pasukan saling mendakwa mereka sepatutnya 'dinobat' sebagai pasukan Malaysia.
Bos Team Lotus, Datuk Seri Tony Fernandes kelmarin mendakwa mereka sepatutnya menjadi pilihan paling tepat sebagai pasukan yang benar-benar beridentitikan Malaysia.

Alasannya mereka membeli hak menggunakan nama jenama Lotus lebih awal iaitu untuk perlumbaan musim 2010.
Mereka juga mempunyai 'pertalian darah' dengan rakyat negara ini kerana mempunyai anak tempatan terbabit sama bagi membangunkan pasukan itu sejak sebelum jentera mereka menggegar litar pada 2010.
Kaitan Proton dalam F1 pula adalah menerusi Lotus-Renault, kerana syarikat kereta nasional Malaysia itu adalah pemilik Kumpulan Lotus.

Kebanggaan terhadap penggunaan kereta buatan nasional di kalangan rakyat negara ini pastinya menjadi kelebihan buat Lotus-Renault untuk mendakwa GP Malaysia adalah aksi di trek sendiri.
Walau pasukan mana sekali pun yang menjadi pilihan, peminat harus berbangga kerana sebagai sebuah negara kecil, bukan kuasa automotif dunia, Malaysia memiliki tiga pasukan dalam sukan paling mahal di dunia yang menggegar trek.
Cuma, dalam keghairahan kita menyaksikan F1 2011, sudah sampai masanya kita memikirkan pula bila kita dapat menyaksikan semula kelibat pelumba sendiri selepas Alex Yoong bersama Minardi pada 2001-02.


Sumber : Utusan Online

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...