Monday, April 11, 2011

Petua: Kurangkan selera makan

Petua daripada pakar pemakanan untuk mengurangkan selera makan dan mengelakkan makan berlebihan:
1) Berus gigi dan/atau gunakan air kumur/pembasuh mulut. Ini akan menghilangkan rasa makanan yang masih tinggal dalam mulut.
2) Jika anda perlu makan juga, makanlah sesuatu yang boleh mengenyangkan perut tetapi dengan kalori yang sedikit, contohnya sop dengan jumlah kalori yang rendah dengan banyak sayur-sayuran.
3) Jauhi makanan yang bergula sama sekali. Gula halus yang diproses menyebabkan insulin dirembeskan dengan banyak, dan ini akan menyebabkan perut sangat lapar dan selera bertambah.
4) Pastikan cukup tidur supaya paras hormon leptin, iaitu hormon yang membantu mengawal selera makan, sentiasa tinggi.

No comments:

Post a Comment

Nak mula jana income pasif dengan Honeygain?

       Baru nak mula dengan Honeygain? 1️⃣ Install Honeygain di phone / laptop 2️⃣ Login → biarkan app running di background 3️⃣...