Saturday, April 9, 2011

Puisi: Perjalanan ini …

Perjalanan ini…
Harus ku lalui dengan ketabahan & kesabaran…
dalam mencari erti keikhlasan dan kejujuran…
bukan dari kamu, dia, mereka…
tapi dari diriku, hatiku, sanubariku,
zahirku, batinku dalam segala perlakuanku…
mencari-cari diri dalam seribu kekalutan duniawi
tentang bicara hati…
bicara tentang diri…
apa yg ku cari…
apa yg ku perlu…
apa yg ku tagih…
apa yg ku mengerti…
apa yg ku pelajari…
apa yg telah ku perolehi…
apakah aku akan mensyukuri setiap nikmat dan dugaan yg diberi…
namun perjalanan ini belum ku temui nokhtahnya
sehingga Allah ambil ku kembali kepada NYA…

~ Nukilan dsj

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...