Siapa kata perairan Malaysia tidak kaya dengan ikan-ikan gergasi? Lihat gambar ini…. seekor ikan siakap besar (gergasi) berjaya ditangkap di Sungai Merbok, Kedah, walaupun hutan paya bakau yang menjadi tempat perlindungan ikan-ikan ini semakin hari semakin pupus dek arus pembangunan di kawasan sekitarnya…..
Kalau ikan ini dibuat lauk masak tiga rasa, entah berapa puluh orang yang kenyang kan?
SEAKAN tidak percaya siakap XL masih mendiami Sungai Merbok.
Siakap MerbokOleh Mohammad Shamwen Hashim2010/07/24
SUNGAI PETANI: Perairan Pantai Merdeka, Sungai Merbok dan Pulau Sayak terkenal dengan kehadiran ikan siakap bersaiz XL. Namun itu cerita lama kerana sekarang ini kalau dapat menewaskan siakap seberat 5 kilogram pun dikira berbaloi.Pembangunan pesat di sekitar Sungai Petani merangkumi Sungai Merbok dan anak sungai di sekitarnya membuatkan hutan bakau semakin pupus.Itu belum dikira dengan penebangan hutan bakau secara haram. Biasanya kayu bakau mendapat pasaran yang tinggi untuk dibuat kelong, candek, langgai dan dijadikan kayu arang. Faktor sungainya yang cetek juga memburukkan keadaan selain pencemaran kilang berhampiran. Rata-rata pemancing sudah beralih angin ke laut dan pulau bagi memburu ikan sasaran.Bagi kami yang gemar melakukan casting pula tiada pilihan kecuali menjelajah tanpa jemu untuk mencuba dan terus mencuba. Kami cuba menyelongkar lubuk baru kalau-kalau siakap mega yang diimpikan masih wujud.Pancingan siang agak mengecewakan. Namun nasib menyebelahi kami pada waktu malam. Kami menyewa bot untuk menyusuri alur sungai yang agak jauh ke hulu. Biasanya lokasi sunyi menjadi tempat persembunyian siakap putih. Enjin dimatikan sejurus hampir ke lokasi.Bot ditambat pada pokok bakau supaya mudah kami memancing. Di sinilah nasib menyebelahi Kashimi apabila menewaskan siakap putih seberat 6 kg menggunakan umpan udang hidup.Apabila letih, kami singgah memancing di atas sangkar ikan milik rakan penulis, Syaiful Lizan dan Cikgu Abul Hayat. Di sini juga kami dapat memancing spesies kegemaran iaitu sembilang besar yang digelar gemang. Harganya memang tinggi di pasaran ketika ini.Mudah saja memancing sembilang. Sediakan perumpun dan mata kail kecil serta perambut halus. Kemudian pacak joran di keliling sangkar dan pasangkan loceng. Bila terdengar loceng berdering, itu tanda ia mengena. Jika nasib kurang baik dapatlah ikan belukang atau ikan duri. Keesokan paginya kami masih sempat memancing ikan tanda dan gerut-gerut sebelum pulang dengan hasil tangkapan yang agak memuaskan.
No comments:
Post a Comment