Rangkaian Al-Qaeda hari ini mengesahkan kematian ketua mereka Osama bin Laden sambil memberi amaran akan tindakan balas bahawa “kegembiraan Amerika akan berubah menjadi kesedihan.” Pengesahan kumpulan pengganas itu dikeluarkan menerusi kenyataan yang disiakan pada laman-laman web militan, ditandatangani oleh “kepimpinan umum” Al-Qaeda. Osama ditembak mati di kepala di timur laut Islamabad Isnin lalu.
Pengumuman itu membuka laluan kepada pemilihan pengganti Osama.
Timbalannya Ayman al-Zawahri merupakan pemimpin paling utama dan dilihat akan mengisi tempat Osama.
Anwar al-Awlaki, kelahiran Amerika Syarikat tetapi kini berselindung di Yemen, juga dinamakan sebagai kemungkinan pengganti Osama.
Kenyataan bertarikh 3 Mei ini, yang pertama oleh rangkaian pengganas sejak Osama terbunuh Isnin lalu dalam serangan komando ke atas sebuah rumah agam di Abbottabad, Pakistan.
Ketulenan kenyataan itu tidak dapat didedahkan secara bebas tetapi ia dimuat naik pada laman-laman web kumpulan itu lazimnya menyiarkan kenyataan mereka.
Malah kenyataan itu bertekad bahawa Al-Qaeda tidak akan keluar daripada laluannya mengadakan perjuangan bersenjata dan menegaskan darah Osama adalah “lebih bernilai kepada kami dan setiap Muslim daripada disia-siakan.”
“Dia (Osama) akan kekal, dengan izin Allah, sumpahan yang mengejar AS dan ejen-ejen mereka, dan mengejar mereka dalam dan luar negara mereka,” kata rangkaian itu dalam kenyataan dikeluarkan pada forum-forum Internet Islam dan diterjemahkan oleh perkhidmatan pemantauan SITE.
“Dalam waktu terdekat, kegembiraan mereka akan berubah menjadi sedih,” katanya.
“Darah mereka akan diisi ketangisan,” tambah kenyataan itu lagi.
Sementara itu, sekitar seratus pemuda secara terbuka bertekad menyatakan kesediaan mengorbankan nyawa mereka untuk membalas dendam kematian Osama bin Laden — petanda populariti ketua rangkaian Al-Qaeda di kalangan kumpulan Muslim tegar di negara paling ramai penduduk Isalam ini.
Bantahan di Indonesia adalah antara beberapa negara mengadakan protes hari ini — lima hari selepas Osama mati di tangan pasukan elit AS.
Kumpulan itu yang memperkenalkan diri mereka Al Kaida Solo berkata, ia akan memfokus serangan ke atas Amerika Syarikat (AS) — tetapi tiada petunjuk bahawa ia mempunyai kapasiti untuk berbuat demikian atau setakat cakap-cakap sahaja.
Sekumpulan anggota polis memantau perarakan di bandar raya Solo, tengah Jawa, tetapi tiada pihak ditahan.
“Seratus pemuda dari Solo bersedia untuk mati bagi membalas dendam atas kematian Osama,” laung Choirul, seorang ulama di Al Kaida Solo dan juga seorang anggota Barisan Pembela Islam (FPI) yang mempunyai sejarah keganasan termasuk serangan ke atas bar-bar, kelab malam dan pejabat majalah Playboy Indonesia.
“Perjuangan dia tidak akan berakhir,” kata Choirul di hadapan sekumpulan 60 kaum lelaki yang menutup mereka bagi mengelakkan identiti dikenali.
Beberapa badan Islam Indonesia menyifatkan Osama sebagai mati syahid, menunjukkan kewujudan beberapa kumpulan militan di Asia Tenggara.
Sumber
No comments:
Post a Comment