Sunday, May 15, 2011

Amaran tanda ada buaya

Bagi kaki penangkap/pemancing udang galah, mereka memang sudah tahu sangat di mana lubuk yang banyak udang galah di situ pulalah ada sang buaya yang berkongsi habitat.
Jadi, bagi pemancing yang baru nak belajar, eloklah tahu petua ini supaya lebih berhati-hati dan tidak berada dalam air terlalu lama di kawasan lubuk udang galah, demi untuk keselamatan diri.
Gambar hiasan

Petua: Sepit biru banyak petanda ada buaya
diarijoran@gmail.com
2011/04/23

MEMANCING udang galah di sungai semula jadi atau sungai lama cukup menyeronokkan disamping memperoleh tangkapan udang yang banyak, berada persekitaran sungai sebegini sangat mendamaikan.
Namun, adakah kita tahu udang galah dan buaya berkongsi habitat dan pepatah lama ada menyebut di mana ada udang galah di situ ada buaya.
Tip di sini, apabila kita menjumpai lubuk yang berjaya menaikkan udang yang banyak, kita dinasihatkan agar tidak berada terlalu lama dekat lubuk di situ.
Dikatakan lubuk yang mempunyai udang galah yang banyak kebarangkalian didiami buaya yang berdekatan dengan lubuk udang ini. Ini mungkin membahayakan diri yang mungkin menjadi sasaran serangan binatang pemangsa ini.

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...