Sunday, May 15, 2011

Bahasa ibunda cemerlangkan murid

Saya tertarik dengan hasil kajian Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO), Irina Bokova ini. Semoga kerajaan kita cepat sedar dan membuka mata betapa pentingnya bahasa ibunda/bahasa kebangsaan dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah.

Janganlah disebabkan ingin mengikut kehendak sebahagian orang yang kurang peka dengan bahasa kebangsaan, maka keseluruhan polisi pendidikan kebangsaan dengan sewenang-wenangnya diubah-ubah sehingga kelihatan seperti tiada arah tuju sebenarnya. Kenapa kita perlu berbalik ke zaman dulu, semasa baru merdeka, di mana ada dua bahasa pengantar di sekolah menengah. Di mana roh kemerdekaan kita?
Bahasa ibunda cemerlangkan murid
Oleh Misiah Taib dari Copenhagen


misiah@bharian.com.my
2011/05/13

Pemantauan UNESCO buktikan kanak-kanak lebih mudah kuasai subjek sukar
PARIS: Kanak-kanak akan cemerlang jika didedahkan dengan pelajaran menggunakan bahasa ibunda khususnya di peringkat rendah, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO), Irina Bokova.
Beliau berkata, penggunaan bahasa ibunda amat penting dalam pendidikan sekolah rendah, terutama untuk subjek sukar.
“Kita menyaksikan bukti kanak-kanak mencapai keputusan lebih baik di sekolah apabila bahasa ibunda mereka digunakan. Kita telah melakukan pemantauan di banyak negara di dunia, termasuk Mexico, Peru dan negara lain.
“Saya tahu ia membabitkan kos tinggi dan sukar dilaksanakan termasuk menyediakan buku teks dan sebagainya, tetapi pelaksanaannya menyebabkan kualiti pendidikan bertambah baik apabila bahasa ibunda diguna pakai berbanding bahasa antarabangsa lain,” katanya kepada wartawan Malaysia di ibu pejabat UNESCO di sini, semalam.
Wawancara berkenaan diadakan sempena Mesyuarat Lembaga Eksekutif UNESCO ke-186. Delegasi Malaysia pada mesyuarat kali ini diketuai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga anggota lembaga berkenaan yang turut menyampaikan ucaptama, kelmarin.
Bokova mengulas perdebatan di Malaysia mengenai sama ada subjek Sains dan Matematik wajar diajar dalam bahasa Melayu atau Inggeris dan sama ada UNESCO pernah menjalankan penyelidikan mengenai keberkesanan penggunaan bahasa ibunda.
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) digantikan dengan dasar ‘Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris’ (MBMBI) pada tahun ini.
Namun, ada ibu bapa menggesa kerajaan membenarkan sekolah membuat pilihan, sama ada mahu mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu atau Inggeris.
Susulan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengeluarkan kenyataan bulan lalu, mengenai kemungkinan dua medium bahasa diguna bagi pengajaran dan pembelajaran dua subjek terbabit. Perkara itu dikaji Kementerian Pelajaran diterajui Muhyiddin.
Bokova turut mengulas program Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dengan menyifatkan ia sebagai inisiatif sangat baik dan penting terutama membabitkan bidang pendidikan.

1 comment:

  1. memartabatkan bahasa ibunda?? macam mana nak capai sasaran kalau dikalangan pemimpin sendir mengagungkan bahasa inggeris...kenapa kita tak jadi seperti jepun atau negara arab...masih boleh menguasai ekonomi dan IT walaupun BI bukan bahasa rasmi mereka...mereka tetap selesa bertutur dalam bahasa ibunda

    ReplyDelete

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...