Tuesday, May 24, 2011

Bahaya Israel tidak berdamai

WASHINGTON 23 Mei – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam memberi amaran kepada penyokong Israel mengenai bahaya yang dihadapi jika rundingan dengan Palestin terus menemui jalan buntu.

Obama turut mempertahankan prinsip-prinsip beliau bagi mencapai perjanjian damai yang membawa kepada penubuhan negara Palestin bersempadan dengan Israel atau apa yang digambarkan sebagai ‘penyelesaian dua negara’.


Presiden itu dalam ucapan kepada pertubuhan pelobi Israel, AIPAC semalam berkata, beliau tidak membangkitkan ‘sesuatu yang baru’ apabila beliau membentangkan prinsip-prinsip untuk mencapai perdamaian dalam satu ucapan yang mencetuskan kontroversi pada Khamis lalu.

Beliau menggesa Israel menerima sempadan yang wujud sebelum perang Arab-Israel 1967, dengan pertukaran wilayah yang dipersetujui bersama.
“Kerangka asas untuk rundingan sudah lama menjadi asas perbincangan di kalangan pihak-pihak terlibat, termasuk pentadbiran AS yang terdahulu,” kata Obama kepada 10,000 anggota Jawatankuasa Hal-Ehwal Awam Amerika-Israel (AIPAC).

Namun Obama berkata, beliau menyedari ‘perkara paling mudah untuk dilakukan, terutamanya bagi seorang Presiden yang membuat persiapan untuk bertanding semula, ialah mengelakkan kontroversi’ tetapi beliau mengambil pendirian tersebut kerana rundingan damai perlu dipulihkan segera.

Obama menyelia pelancaran semula rundingan damai pada September lalu tetapi menyaksikan usahanya gagal dalam masa beberapa minggu sahaja apabila Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu enggan memperbaharui tempoh pembekuan kegiatan pembinaan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat.

Semasa hadir di Oval Office, White House pada Jumaat lalu, Netanyahu dengan tegas menolak seruan Obama supaya Israel kembali kepada sempadan sebelum 1967, dengan alasan Israel akan sukar dipertahankan secara ketenteraan.

Bagaimanapun Netanyahu mungkin cuba meredakan perbalahan itu semalam apabila beliau berkata, beliau turut berkongsi wawasan Obama untuk mencapai perdamaian.

Penganalisis berkata, Obama menjadi Presiden pertama AS yang secara khusus menyatakan sempadan sebelum 1967 patut menjadi asas rundingan damai antara Israel dengan Palestin. – AFP

Sumber

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...