Pasukan di tangga kedua, Real Madrid membelasah Sevilla 6-2 Sabtu lalu untuk menafikan peluang Barca mengesahkan kejuaraan di hadapan penyokong sendiri.
Kemenangan kelmarin meletakkan finalis Liga Juara-Juara itu kukuh di persada liga dengan 91 mata, lapan mata mendahului Real pada baki tiga perlawanan.
Ini bermakna, gergasi Catalan itu hanya memerlukan hanya satu mata lagi daripada perlawanan dengan Levante, esok untuk mengesahkan kejuaraan atau sekiranya Real tunduk kepada Getafe di gelanggang sendiri, hari ini.
"Buat pertama kali saingan liga begitu sengit, kejuaraan berada dalam tangan kami dan kami perlu mencapainya ketika menentang Levante.
"Real akan menang (hari ini). Saya mahu menjuarai gelaran secepat mungkin. Saya tidak akan merehatkan sesiapa kerana kami masih belum menang apa-apa lagi. Satu-satunya pasukan yang telah memenangi trofi ialah Real Madrid (Piala Raja)," ujar pengurus Barcelona, Pep Guardiola.
Salah satu kegembiraan buat penyokong tuan rumah dalam perlawanan kelmarin pastinya aksi bek kiri, Eric Abidal yang baru pulih sejak menjalani pembedahan ketumbuhan hati, untuk beraksi selama 20 minit terakhir
permainan.
permainan.
Terdahulu, Villarreal diikat seri tanpa jaringan di Real Mallorca, keputusan yang menjejaskan peluang mereka menempah tiket automatik ke Liga Juara-Juara musim depan.
Skuad kendalian Juan Carlos Garrido itu yang baru tersingkir daripada separuh akhir Liga Europa Khamis lalu, masih kekal di tangga keempat dengan 61 mata.
Villarreal kini ketinggalan lima mata di belakang Valencia di tangga ketiga yang mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas Real Sociedad pada Sabtu dan yang lebih penting mereka selesa menjarakkan diri tujuh mata dari pasukan di tangga kelima.
Osasuna pula bangkit mengatasi Real Zaragoza 3-1 untuk elak dari zon penyingkiran ke tangga ke-14, dua tangga atas Zaragoza. - REUTERS
No comments:
Post a Comment