Wednesday, May 4, 2011

Barcelona ke final singkir Real Madrid

PEMAIN Barcelona melambung rakan sepasukan mereka, Eric Abidal 
selepas menang ke atas Real Madrid pada perlawanan separuh akhir 
kedua Liga Juara-Juara di Stadium Nou Camp, Barcelona, awal pagi tadi. 
Barcelona layak ke perlawanan akhir selepas catat 
keputusan seri 1-1 pada perlawanan itu dengan agregat 3-1


LONDON: Barcelona menepati ramalan apabila layak 
ke final Liga Juara-Juara Eropah menyingkirkan 
Real Madrid dengan kemenangan agregat 3-1 selepas 
kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada saingan 
kedua separuh akhir di Stadium Camp Nou, sebentar tadi.

Pada pertemuan kedua itu, Barca yang mempunyai 

kelebihan dua gol di tempat lawan minggu 
lalu mendahului menerusi jaringan 
Pedro Rodriguez pada minit ke-54.

Real bagaimanapun bangkit menyamakan 
kedudukan menerusi jaringan Marcelo 10 minit kemudian.
Ini bermakna Barcelona akan bertandang 
ke final di Stadium Wembley, England, 
28 Mei ini bagi bertemu sama ada Manchester United 
atau Schalke 04' yang ditentukan esok. 

Minggu lalu, United menang ke atas Schalke 2-0.

Sumber 

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...