Monday, May 2, 2011

Durian Belanda: Satu lagi punca pendapatan tani

Jika dulu, Durian Belanda cuma dimakan mentah atau dibuat jem, kini produk Durian Belanda telah dipelbagaikan termasuklah dibuat Jus Durian Belanda yang mendapat sambutan memberansangkan daripada orang ramai. Jus Durian Belanda yang segar atau diproses kini menjadi salah satu resepi pilihan pelanggan di restoran-restoran besar dan eksklusif.
Oleh kerana jus Durian Belanda semakin popular, bekalan buah Durian Belanda perlulah konsisten untuk memenuhi permintaan dalam bentuk segar atau untuk pemprosesan jus. Dengan pengurusan penanaman pokok Durian Belanda yang baik, pokoknya boleh tumbuh dan membesar dengan cepat serta mengeluarkan buah dalam tempoh yang singkat.
Ini merupakan satu lagi hasil tanaman berpotensi untuk memperolehi pendapatan lumayan bagi petani.
Durian belanda boleh dibuat jus
Nama botani bagi Durian Belanda ialah Annona muricata L. dan ia tergolong dalam keluarga Annonaceae.
Pengeluaran buah durian belanda banyak bergantung kepada keadaan cuaca semasa, penjagaan anak pokok teratur dan sempurna, pendebungaan berbantu serta kesuburan tanah yang baik.
Dengan pengurusan tanaman yang baik, pokok durian belanda boleh tumbuh dan membesar dengan cepat serta dapat mengeluarkan buah secara optimum.
Secara umumnya, buah durian belanda mempunyai saiz yang sederhana besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih dan mempunyai rasa masam-masam manis.
Buah durian belanda biasanya dimakan segar dan boleh diproses untuk dijadikan jus.
Bagi penanaman di ladang, jarak tanaman yang disyorkan ialah 6 meter x 6 meter dengan menggunakan sistem segi empat sama.
Bilangan pokok yang boleh ditanam untuk keluasan sehektar ialah 277 pokok.
Pokok durian belanda boleh dibiak dengan menggunakan biji benih atau pembiakan secara seks dan kaedah pembiakan tut atau pembiakan secara aseks.
Jenis tanah yang sesuai untuk penanaman pokok durian belanda ialah tanah jenis lom liat berpasir.
Selain itu, mempunyai saliran yang baik, keasidan tanah dengan pH di antara lima hingga tujuh serta kawasan yang tidak mempunyai naungan.
Pokok durian belanda mula mengeluarkan buah pada umur empat tahun dan ia banyak bergantung kepada tahap kesuburan tanah dan penjagaan yang teratur serta sempurna.

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...