Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dalam kita berkecimpung dalam pelaburan EMAS fizikal, antara perkara yang paling penting ialah memastikan tahap ketulenan EMAS tersebut. Yelah, Jangan cakap EMAS pastinya perkara lain yang kita beli dan perolehi pun kita nak yang original termasuklah isteri (hehehe)
Janganlah kita terpedaya jika logam yang kita simpan sebenarnya bukan EMAS. Untuk pengetahuan semua, Gold Bar berjenama akan mempunyai sijil sah tulen yang dikeluarkan oleh Assayer bertauliah atau dalam bahasa Inggeris Certified Assayer. Assayer ini adalah badan yang bertanggungjawap mengesahkan tahap ketulenan sesuatu logam.
Assayer akan menjalankan ujian sah ketulenan melalui beberapa prosedur sebelum EMAS tersebut diberikan sijil sah tulen beserta berat,jenis emas yang ditandangani oleh Assayer berkenaan.
Teknik Assay Emas
Terdapat beberapa teknik yang digunakan oleh assayer untuk menguji ketulenan emas contohnya Flame Atomic Absorption Spectrometry Technique (bahasa ringkas Fire Assay) dan Induction Couple Plasma, icp-oes or icp-ms. Untuk gold bar Public Gold, teknik yang digunakan adalah Flame Atomic Absorption Spectrometry Technique (Fire Assay).
Dalam kaedah ini, sampel gold bar akan diambil, dimasukkan ke dalam ketuhar dan dipanaskan sehingga 1064° C (suhu dimana emas akan melebur). Kemudian emas yang melebur ini akan diuji ketulenannya dengan proses-proses tertentu.
Bagaimana kita boleh menguji ketulenan emas?
Anda boleh mengetahui tahap ketulenan sesuatu product EMAS dengan menggunakan alat precious metal tester yang terdapat semua di Ar-Rahnu tidak kira Agrobank,Bank rakyat dan sebagainya.
Bawa saja Produk EMAS anda ke Ar-rahnu dan beritahu pegawai yang bertugar anda ingin mencagarkan EMAS anda. EMAS yang ingin dicagar akan disahkan tulen menggunakan alat ini.
Selepas diberitahu jumlah nilai cagaran, terpulang pada anda untuk menerimanya atau tidak. Jika niat anda hanya untuk menguji tahap ketulenan EMAS tersebut, tidaklah perlu anda menerima tawaran tersebut. :)
Sumber
No comments:
Post a Comment