Monday, May 9, 2011

Fadhilat dan Kelebihan Surah Yaasin

Membaca Surah Yaasin sudah menjadi amalan dan telah menjadi sebahagian daripada budaya Melayu, terutama pada malam Jumaat, ada permohonan yang berat-berat, dan semasa seseorang yang sakit tenat yang tiada harapan akan sembuh atau yang tengah nazak.
Namun begitu sejak kebelakangan ini, fadhilat membaca Surah Yaasin ini telah dipersoalkan di mana hadis-hadis yang menerangkan tentang fadhilat Surah Yaasin ini dikatakan semuanya adalah Hadis Lemah atau Hadis Palsu, dan sesiapa yang membaca Yaasin kerana fadhilatnya dikatakan bid’ah (yang suka membid’ahkan semua amalan-amalan seperti ini ialah puak-puak Wahabi).
Walau apapun, saya ingin memanjangkan kelebihan-kelebihan atau keberkatan membaca Surah Yaasin dalam hadis-hadis berikut untuk dikongsi. Terpulanglah kepada niat dan keyakinan pembaca sendiri sama ada hendak mempercayainya atau tidak. Bagi mereka yang mempercayainya, bolehlah mengambil iktibar dan pengajaran daripadanya, semoga bermanfaat….
Hadis-hadis yang berkaitan dengan kelebihan Surah Yaasin
1. Daripada Anas, Rasulullah SAW bersabda: “Setiap sesuatu ada hati dan hati Al-Quran adalah Yaasiin” dan sesiapa yang membaca Yaasiin, maka Allah SWT tulis baginya sepertimana membaca Al-Quran sepuluh kali. (HR Al-Tarmizi)
2. Daripada Abu Hurairah r.a., bersabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang membaca Yaasiin pada waktu malam, maka akan diampun keesokannya. Dan sesiapa yang membaca “Haamim Al-Dukhan” nescaya akan diampunkan baginya keesokannya.” (HR Ibnu Katsir)
3. Daripada Abdullah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang membaca Yaasiin waktu malam untuk mendapat keredhaan Allah SWT, maka akan diberi keampunan baginya.” (HR Ibnu Katsir)
4. Daripada Ma’qil Ibni Yasar berkata: “Al Baqarah adalah rangka. Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 Malaikat dan ayat Kursi khususnya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. Dan surah Yaasiin adalah jantung hati Al-Quran.”
5. Daripada Ma’qil Ibni Yasar berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Bacalah Yaasiin atas mereka yang meninggal dunia” (HR Ibnu Katsir, Abu Daud dan Al-Nasa’i)
6. Sesetengah ulama’ berkata tentang Yaasiin bahawa antara keistimewaan surah Yaasiin ialah apabila dibaca tiada kesulitan melainkan dimudahkan oleh Allah. Dan adalah bacaan Yaasiin ketika nazak, maka rahmat dan berkat turun dan dipermudahkan baginya roh keluar dengan nazaknya. (HR Ibnu Katsir)
7. Daripada Ibnu Abbas r.a., Nabi SAW telah bersabda: “Adalah saya suka kalau surah Yaasiin dalam hati setiap insan daripada umatku.” (Riwayat Bazzar, Ibnu Katsir)
8. Daripada Safuan: Adalah alim ulama’ berkata: ” Apabila dibaca Yaasiin ke atas mayat, maka diringankan Allah baginya Sakratulmaut.” (HR Ahmad dan Ibnu Katsir)

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...