Wednesday, May 4, 2011

James Franco gila belajar

AKTOR yang terkenal menerusi filem Spiderman, James Franco boleh dikategorikan sebagai pelakon yang gila belajar. Terbaru, dia dikatakan mempunyai rancangan untuk mengambil ijazah doktor falsafah (PhD) yang kedua.
Perkara ini telah disahkan sendiri oleh jurucakap pihak Universiti Houston. Dikatakan bahawa pelakon tersebut akan membuat kajian dalam bidang kesusasteraan dan penulisan kreatif.
Apa yang lebih membanggakan, untuk memohon membuat PhD di universiti tersebut, hanya 20 pelajar sahaja yang terpilih daripada 400 permohonan setiap tahun dan James adalah salah seorang calon pelajar.
Bagaimanapun, dia hanya akan menyambung pelajaran di situ pada tahun 2012 setelah dia menamatkan pengajian PhD pertamanya yang dilakukan di Universiti Yale ketika ini.
Bintang 127 Hours tersebut sebelum ini memiliki ijazah sarjana Muda dari Universiti California dalam jurusan Sastera Inggeris dan ijazah sarjana Seni Halus yang diterima dari Universiti Columbia.


Sumber

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...