Thursday, June 16, 2011

Arnab tanpa telinga- kesan radiasi di Jepun

Arnab tanpa telinga
TOKYO – Penemuan seekor arnab dilahirkan tanpa telinga berhampiran loji nuklear Fukushima Daiichi mencetuskan kebimbangan baru penduduk Jepun mengenai radiasi yang dibebaskan ke udara sejak 11 Mac lalu.

Pemilik arnab tersebut, Yuko Sugimoto berkata, haiwan itu lahir pada 7 Mei lalu di Namie, iaitu bandar terletak di luar zon perpindahan seluas 30 kilometer yang dikenakan sekitar loji nuklear itu.
Walaupun tidak berada dalam zon itu, Namie dikenal pasti pihak berkuasa Jepun sebagai salah sebuah kawasan panas radiasi.
“Saya memelihara arnab lebih 10 tahun dan ini adalah pertama kali perkara begini berlaku,” katanya.
Selain tidak mempunyai telinga, arnab itu juga mempunyai tanda-tanda jelas penyakit albino dengan bulu putih bersih dan mata merah akibat mutasi genetik.
Namun beberapa pakar menolak kecacatan arnab itu disebabkan radiasi yang dibebaskan selepas gempa bumi kuat merosakkan loji nuklear di utara Jepun sehingga menyebabkan kebocoran bahan radioaktif.
“Haiwan kerap dilahirkan cacat dan terdapat kes ibu arnab mengunyah telinga anaknya sendiri semasa proses pembesaran,” menurut pakar.

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...