Thursday, June 2, 2011

Wasiat diterima oleh Ibrahim Adham

Kisah dan wasiat yang baik untuk dijadikan renungan dan diambil iktibar….
Ibrahim bin Adham berkata, “Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan aku tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Aku berkata kepada mereka, “Berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah SWT.”
Lalu mereka berkata, kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :
1. Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
2. Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat daripadanya.
3. Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
4. Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat husnul khatimahnya.
5. Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
6. Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
7. Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya.”

Sumber 

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...