Wednesday, July 13, 2011

12 Perkara Tentang Buah Dada Yang Anda Tidak Tahu

Fakta yang aku ingin kongsikan hari ini agak 18SX. Hanya mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan berfikiran matang sahaja aku galakkan untuk membaca. 12 fakta tentang buah dada atau payudara ini merupakan fakta yang aku rasa korang semua tidak pernah tahu atau terbaca. Apa pun selamat menjamu mata dan minda dengan fakta di bawah.

Click this bar to view the full image.
a96989 a609 3 biggest breast2 12 Perkara Tentang Buah Dada Yang Anda Tidak Tahu

1. Saiz buah dada terbesar berukuran 38KKK.
Pada tahun 2009, Sheyla Hershey di anugerahkan oleh World Guinness of Record mempunyai sepasang payudara yang paling besar sekali. Beliau telah menjalankan 9 kali pembedahan dan lebih dari 1 gallon silikon dalam payudaranya. Size bra beliau adalah 38KKK.
Norma Stitz (gambar pada no 8 pula memegang rekod payudara asli yang terbesar.

a96989 a609 4 topless 12 Perkara Tentang Buah Dada Yang Anda Tidak Tahu

2. Terdapat pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak wanita untuk top less.
GoTopless.org adalah sebuah pertubuhan di USA yang memperjuangkan hak wanita untuk menayangkan buah dada mereka di tempat awam. Mereka percaya yang perempuan turut mempunyai hak untuk separuh bogel seperti lelaki. Pertubuhan ini juga sering melakukan demontrasi atau perhimpunan jalanan sambil menayangkan buah dada mereka.

a96989a6096differentsiz 12 Perkara Tentang Buah Dada Yang Anda Tidak Tahu
3. Buah dada kiri biasanya lebih besar dari kanan.
Tidak ada seorang pun yang mempunyai saiz buah dada yang sama. Kebiasaannya saiz buah dada kiri besar sedikit dari buah dada kanan. Begitu juga dengan puting buah dada. Kedua-duanya berbeza walaupun sedikit termasuklah kemana puting itu menghala. Pointing direction of puting juga berbeza.

a96989a6098manstarr 12 Perkara Tentang Buah Dada Yang Anda Tidak Tahu

4. Buah dada adalah perkara pertama sekali di lihat oleh lelaki apabila memandang wanita.
Kajian yang dibuat oleh University Victoria, Wellington mendapati perkara pertama yang dilihat oleh lelaki ketika berjumpa wanita adalah payudara dan bahagian itulah yang dilihat oleh lelaki lebih lama berbanding bahagian-bahagian lain. Jangan malu, kerana apa yang berlaku ini adalah normal dan sihat. Menurut kajian juga, lelaki yang melihat payudara seminit dalam sehari boleh meningkatkan kesihatan tubuh lelaki tersebut dan menambahkan kegembiraan kehidupan lelaki tersebut lebih 4 hingga 5 tahun.

Click this bar to view the full image.
a96989a60912breastfeedi 12 Perkara Tentang Buah Dada Yang Anda Tidak Tahu

5. Lelaki juga boleh menyusukan bayi.
Ya, fakta ini benar kerana lelaki juga mempunyai payu dara se akan wanita tetapi perkara ini jarang berlaku. Ianya tidak mustahil jika ia berlaku di kalangan anda kelak!!

Click this bar to view the full image.
a96989a6092measurebra 12 Perkara Tentang Buah Dada Yang Anda Tidak Tahu

6. England merupakan negara yang mempunyai buah dada terbesar di antara negara eropah yang lain.
Satu kajian yang di lakukan oleh Triumph (pembuat bra ) mendapati wanita british mempunyai payudara yang terbesar di kalangan negara Eropah. Ini di buktikan dengan lebih 50% wanita di England mempunyai saiz bra D Cup. Denmark jatuh ke tempat ke dua dan Holland di tempat kietiga. Di samping itu, wanita Italy mempunyai payudara yang paling kecil, 68% memakai bra saiz B Cup. Hahaha…

a96989a6091balanza 12 Perkara Tentang Buah Dada Yang Anda Tidak Tahu

7. Berat sepasang payudara biasanya seberat 0.5 kilogram.
Purata berat sepasang payudara adalah 0.5 kilogram (kg) atau 1.1 pound (lb). Setiap satu buah dada meyumbang 4%-5% daripada lemak di dalam badan ataupun 1% dari berat keseluruhan badan wanita tersebut. Kalau tak caya, timbanglah sendiri. Hehe

a96989 a609 9 fat 12 Perkara Tentang Buah Dada Yang Anda Tidak Tahu

8. Payudara boleh menjadi bertambah gemuk.
Ketika usia perempuan itu 20-an, buah dada terdiri daripada lemak, kantung susu dan kolagen. Tisu penghubung yang membuatkan komposisi ini bersambung dan kelihatan anjal dan pejal. Tetapi bila perempuan itu makin berusia, kantung susu dan kolagen berkurangan dan diganti dengan lebih banyak lemak dalam badan.

a96989a60911suicide 12 Perkara Tentang Buah Dada Yang Anda Tidak Tahu

9. Mereka yang menjalani pembedahan payudara lebih mudah membunuh diri.
Menurut kajian, mereka yang melakukan penbedahan payudara mudah membunuh diri dan kadar ini meningkat mengikut masa. Pada Ogos 1997, pakar pembedahan plastik mendapati terdapat sejenis toksik di dalam silikon yang menyebabkan ganguan psikologi dalam diri.

Click this bar to view the full image.
a96989a60912bulletproof 12 Perkara Tentang Buah Dada Yang Anda Tidak Tahu

10. Implan payudara kadangkala boleh menyelamatkan nyawa anda.
Seorang wanita Israel terselamat dari roket yang dilancarakn oleh pejuan Lubnan kerana implan payudara. Implan tersebut rosak teruk tetapi diri perempuan tersebut selamat kerana implan tersebut menghalang dari peluru menembusi dirinya. Wanita itu menjalankan implan payudara 2 tahun lepas.

a96989a6095numberone 12 Perkara Tentang Buah Dada Yang Anda Tidak Tahu

11. Implan payudara adalah industri kosmetik terbesar di Amerika
Sebanyak 2 juta wanita di Amerika menjalani pembedahan implan payudara. Purata umur wanita yang menjalankan pembedahan ini adalah 34 tahun.

a96989a60913brastudies 12 Perkara Tentang Buah Dada Yang Anda Tidak Tahu

12. Di China, anda boleh ambil Major dalam Pengajian Bra (Bra Studies)
Di Hong Kong, ada sebuah politeknik yang di panggil Hong Kong Polytechnic University yang menawarkan bidang Pengajian Bra (Bra Studies). Mereka di ajar bagaimana untuk mereka dan mencipta bra yang yang cantik, selesa dan moden.

No comments:

Post a Comment

Nak mula jana income pasif dengan Honeygain?

       Baru nak mula dengan Honeygain? 1️⃣ Install Honeygain di phone / laptop 2️⃣ Login → biarkan app running di background 3️⃣...