Ketika mabuk bercinta semuanya nampak seperti remeh dan mampu untuk diatasi selepas berkahwin. Namun, sebenarnya perkara-perkara yang dianggap remeh sebelum ini turut menjadi penyumbang kepada punca berlakunya perceraian.
Dalam keseronokkan untuk membina rumah tangga, kebanyakkan pasangan lupa untuk mencari ilmu (bahan bacaan) dalam tip-tip untuk terus kekal bahagia dan menganalisis punca-punca yang boleh mencari punca berlakunya perceraian. Saya yakin, semua pasangan yang ingin berkahwin tidak akan lupa untuk mencari ilmu mengenai ‘hubungan suami-isteri’ tetapi bagaimana pula dengan ilmu untuk mengekalkan masjid yang anda bina? Lupa?
Tahukah anda statistik yang telah dikeluarkan oleh JAKIM di Berita Harian bertarikh 03/03/2011, Secara Puratanya Setiap 15 Minit 1 Perceraian Berlaku di Malaysia. Ini bermaksud dalam sehari 96 kes perceraian bakal berlaku.
20 Punca Berlakunya Perceraian
- Punca 1: Kelemahan dalam berkomunikasi sesama pasangan
- Punca 2: Kurang Mendengar, Terlampau Banyak Bercakap
- Punca 3: Tidak Bijak Mengurus Kewangan Keluarga Dan Diri Sendiri
- Punca 4: Penderaan Menjadi Suatu Kebiasaan
- Punca 5: Mudah Mendekati Larangan Agama
- Punca 6: Tidak Ambil Berat Solat 5 Waktu
- Punca 7: Tidak Setia Pada Pasangan Yang Satu
- Punca 8: Masalah Kesihatan Seksual
- Punca 9: Tiada Keserasian Dalam Perkahwinan
- Punca 10: Gagal Bertindak Cepat Selesaikan Konflik
- Punca 11: Terlalu Mudah Mengalah Dengan Dugaan
- Punca 12: Tidak Mahu Bertolak-Ansur
- Punca 13: Tidak Sanggup Beri 100% Komitmen
- Punca 14: Tiada Tabungan Kecemasan Keluarga
- Punca 15: Terus Menunding Jari & Menyalahkan Pasangan
- Punca 16: Budaya Orang Dulu-dulu Dilupakan
- Punca 17: Isteri Terlampau Rasakan Boleh Hidup Berdikari
- Punca 18: Ketagihan Bahan Lucah Yang Terlampau
- Punca 19: Kehidupan Yang Dipenuhi Dengan Tekanan
- Punca 20: Berkahwin Di Usia Sangat Muda
No comments:
Post a Comment