Thursday, July 28, 2011

‘Air mani & ejakulasi wanita’

BH 20937829 Air mani & ejakulasi wanita
DOKTOR saya ingin tahu mengapa dalam masa beberapa bulan ini apabila saya menjalin hubungan intim dengan suami, saya tidak mampu mencapai kemuncak syahwat? Kepuasan saya tidak di tahap maksimal dan saya gagal mengeluarkan ‘air mani’ dan ‘ejakulasi’. Apakah ia ada kaitan dengan umur saya yang kini sudah mencecah 35 tahun?
Saudari pernah mencapai klimaks atau puncak syahwat semasa menjalin hubungan intim dengan suami dan oleh itu mengharapkan ia pada setiap sesi hubungan.
Untuk pengetahuan saudari, kepuasan intim yang saudari nikmati sehingga wujudnya apa yang saudari sifatkan sebagai ‘air mani’ atau ‘ejakulasi’ perempuan sebenarnya tidak berlaku pada semua wanita.
Menurut kajian, cecair yang terpancut keluar itu datang dari pepundi berdekatan saluran kencing. Kadangkala, pengeluaran cecair itu berubah dari masa ke semasa mengikut tahap kesihatan seseorang.
Ia merupakan perubahan yang semula jadi dan bukan petanda penyakit. Dalam masa yang sama, ia juga bukan bermakna saudari telah kehilangan sesuatu!
Usah terlalu memikirkan tentang soal itu kerana ia hanya akan menjejas tahap keghairahan saudari. Sebenarnya, saudari masih mencapai klimaks cuma keseronokannya tidak semaksimal seperti dulu.
Apa yang boleh saudari usahakan ialah mengamalkan gaya hidup sihat. Lakukan senaman secara tetap bagi meningkatkan kecergasan otot lantai pelvis yang mengawal dinding faraj.
Senaman Kegel atau senaman kemut – iaitu mencengkam otot saluran membuang air kecil dan air besar selama tiga dengan lima saat seolah-olah sedang menahan pengeluaran air kencing – dipercayai dapat membantu.
Lakukannya seberapa banyak yang boleh dalam tempoh seminit dan untuk beberapa kali sehari. Mungkin dengan otot faraj yang kian ‘langsing’, klimaks saudari pula akan kembali memuncak seperti sebelumnya, seiring ‘ejakulasi’ yang saudari inginkan!
Usah terlalu memikirkan tentang soal itu kerana ia hanya akan menjejas tahap keghairahan saudari.
Dr Ismail Tambi
Pakar Kesuburan dan Andrologi

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...