Permainan video Angry Bird yang mula diperkenalkan pada tahun 2009 mendapat sambutan hangat di seluruh dunia.
Pencipta permainan video untuk aplikasi telefon pintar iPhone, Angry Bird akan menerbitkan sebuah buku masakan yang diinspirasi daripada watak-watak popularnya.
Syarikat tersebut, Ravio memberitahu, semua resipi itu akan melibatkan penggunaan telur dalam masakannya. Berita itu diumumkan pada Persidangan Mobile Terbuka di London sebagai sebahagian rancangan Ravio untuk mengukuhkan jenamanya dalam pasaran hiburan.
Angry Bird merupakan aplikasi berbayar iPhone nombor satu di pasaran United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS). Ia telah dimuat turun oleh lebih 200 juta pengguna.
“Kami mahu menjana keuntungan dalam semua perniagaan yang kami sertai. Ini bukan satu hobi. Ia juga bukan seperti Apple TV atau sebagainya,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Ravio, Peter Vesterbacka.
Buku masakan yang boleh didapati dalam bentuk digital dan cetakan itu akan dijual bersama barangan-barangan lain termasuklah kasut, patung dan kotak makanan yang boleh dibeli daripada laman web Angry Birds.
Ravio dilaporkan menerbitkan sendiri buku tersebut. Ini bermakna ia akan memperoleh 90 peratus daripada keuntungannya. Selain buku, Ravio turut merancang menghasilkan siri kartun di televisyen dan permainan papan tidak lama lagi. –
* Metro *
No comments:
Post a Comment