Saturday, July 23, 2011

Jogging Rohaniah

jogging Jogging Rohaniah
Setiap hari pasti kita akan bersua dengan orang yang berjogging di taman-taman awam, di tepi pantai, di atas bukit, di tepi jalan atau di mana sahaja asalkan tempat tersebut membenarkan untuk berjogging. Jika anda adalah salah seorang yang berjogging, tanya diri sendiri kenapa anda berjogging? Sudah tentu untuk memelihara kesihatan diri supaya badan mengeluarkan peluh dan dapat mengawal perjalanan darah dan jantung. Pendek kata tujuan utamanya ialah supaya badan anda sihat.
Namun kebanyakan manusia alpa untuk memelihara kesihatan roh. Mengabaikannya bererti sengaja mengundang pelbagai penyakit rohaniah. Penyakit ini melibatkan tingkahlaku dan yang lebih parah lagi melibatkan akidah.
Berjogging tidak salah tetapi anda perlu ingat jogging bukanlah lesen untuk hidup lama. Bila ajal sampai, tengah berjogging pun ada yang meninggal. Jadi mana yang lebih utama, jogging fizikal atau jogging rohaniah? Jogging rohaniah membawa kepada hari akhirat tetapi jogging fizikal setakat duniawi sahaja.
Yang terbaik ialah jogging kedua-duanya sekali….

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...