Wednesday, July 20, 2011

Tips utk memperbanyakkan Susu Ibu

Tips utk memperbanyakkan Susu Ibu

[a] Berurut (dengan bidan).
[b] Banyakkan minum air/jus buah-buahan.
[c] Banyakkan minum susu. Sebaiknya 
mengambil hidangan susu 3 hingga 4 hidangan sehari.
[d] Pengambilan lebih makanan berprotein 
penting untuk penghasilan susu ibu.
[e] Makan nasi panas bersama halia muda
 (yang ditumbuk halus) dan dicampurkan dengan air asam.
[f] Minum air asam jawa yang direbus 
dengan gula merah bersama dengan 
3 keping asam keping.
[g] Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. 
Rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan itu 
2 hingga 3x sehari.
[h] Ambil sebatang lobak putih. Cuci bersih 
dan kisar sehingga halus. 
Campurkan dengan segelas air suam. Minum 2x sehari.
[i] Sapu sedikit minyak kelapa pada daun sirih.
Layurkan/salai pada api sehingga layu. 

Ketepikan sebentar. Setelah agak suam, 
tekapkan daun sirih tersebut pada payudara. 
Amalkan setiap hari.

Sayur-sayuran yang dapat membanyakkan air susu ibu:

Brokoli
Lobak Merah
Lobak Putih
Seleri
Kobis
Sawi Putih
Peria
Ulam Pegaga
Ulam Jantung Pisang [yang telah direbus]

Tips agar air susu ibu lancar:

Makan kulup daun betik setiap hari. 


***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...