Bukan semua lelaki mampu menghasilkan sperma/air mani yang banyak tanda kesuburan seseorang lelaki itu. Ianya adalah kelebihan yang dimiliki sehingga mampu menghasilkan zuriat yang akan menjadi penyambung warisan nantinya.
Rata-rata pasangan yang berkahwin tentu mahukan anak sebagai penyambung kasih suami isteri dan ada juga segelintir yang hanya ingin melepaskan nafsu saja. Jika lelaki mampu menghasilkan sperma yang banyak itu tandanya dia memiliki sistem reproduksi yang sihat. Tips dibawah ini adalah untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu sperma :
1. Berhenti merokok.
Merokok bukan saja membuatkan mulut berbau tatapi juga boleh menyebabkan kerosakan jantung dan paru-paru, dan mampu mempengaruhi jumlah sperma. Memang ramai dikalangan perokok yang mempunyai zuriat tetapi setelah menghisap nikotin selama selama berpuluh tahun akibatnya akan anda rasai kemudian hari. Perokok biasanya susah mendapatkan anak perempuan kerana asap rokok mematikan benih lelaki yang tak tahan lama dibandingkan benih perempuan.
2. Jangan memakai seluar dalam yang terlalu ketat.
Testis/buah zakar anda memerlukan suhu yang lebih sejuk, itu sebabnya ia tergantung sedemikian rupa. Pemakaian seluar dalam yang ketat akan mengakibatkan ‘suasana’ disekitar testis menadi panas dan ianya akan mengurangkan bilangan sperma yang dihasilkan, sebolehnya jangan memakai seluar dalam semasa tidur untuk menjamin kesejukan suhu disekitar testis anda.
3. Makan makanan berkhasiat.
Cara pemakanan mampu mempengaruhi kualiti sperma, cubalah makan makanan rendah lemak, berprotein tinggi, sayur-sayuran, dan jenis kekacangan yang baik untuk kesihatan.
4. Hindari onani/masturbasi.
Selain dilarang agama, onani/masturbasi juga tidak elok untuk kesihatan. Ianya akan menyebabkan sperma berkurangan dan masalah sperma cair, sering sakit kepala dan badan lemah. Lakukan senaman untuk dalaman badan secara berkala, ini akan menguatkan dalaman badan anda dan melambatkan pancutan air mani.
5. Ambil makanan tambahan.
Untuk meningkatkan jumlah sperma, makanlah daging dan susu segar, kerana ianya mengandungi L- carnitine yang mengandungi asid amino mapu untuk meningkatkan bilangan sperma. Folic asid juga dapat meningkatkan produksi sperma. L-arginine boleh didapati dalam kekacang, telur, jagung, selain memiliki Vitamin E untuk memperbaiki kepekatan dan kelajuan sperma.
No comments:
Post a Comment