Thursday, August 18, 2011

Barcelona juara Piala Super Cup Sepanyol 2011

Barcelona vs Real Madrid Piala Super Cup Sepanyol  2011



JUARA La Liga, Barcelona menjuarai Piala Super Cup Sepanyol selepas menewaskan musuh ketat, Real Madrid menerusi agregat 5-4 selepas menang 3-2 pada aksi timbal balik kedua di Nou Camp sebentar tadi.
Pemain Terbaik Dunia, Lionel Messi menjaringkan dua gol termasuk gol kemenangan ketika perlawanan sebenar berbaki dua minit untuk tamat.
Andres Iniesta menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-15 namun tidak bertahan lama apabila Cristiano Ronaldo menyama kedudukan buat Real lima minit kemudian.
Lionel Messi memastikan Barca memiliki kelebihan sebelum rehat apabila menemui sentuhan gol untuk tuan rumah mendahului 2-1.
Real berjaya bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan Karim Benzema pada minit ke-82, namun segalanya berubah enam minit kemudian apabila Messi muncul watak pemusnah untuk memastikan Barcelona unggul merangkul trofi Piala Super Cup Sepanyol bagi musim 2011/2012.
Sumber

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...