Tuesday, August 9, 2011

Berbuka Puasa RM2.00. Makan Sampai Kenyang.


(Gambar Sebenar Hidangan Bernilai RM2.00)
Ramai orang mengeluh pada bulan puasa tahun ini kerana harga juadah yang dijual dikebanyakkan bazar-bazar ramadan melambung tinggi bak mercun “Thunder Clap”. Apa tidaknya, harga barang mentah asas membuat juadah seperti tepung dan gula dah lama naik.
Ini di tambah pula dengan kenaikkan harga bahan api. Memang tiada alasan lagi untuk peniaga tidak menaikkan harga makanan.
Tapi disebalik berita kurang enak ini, ada pula berita baik buat mereka yang berada di kawasan Shah Alam & kawasan-kawasan yang berdekatan. Ini kerana ada sebuah restoran yang diberi nama “Restoran Malaysia Negara Ku” menawarkan pakej berbuka puasa dengan harga RM2-00 seorang.
Syaratnya, pelanggan perlu menunjukkan kad pengenalan (IC) sebagai bukti mereka adalah warganegara Malaysia. Dengan harga RM2.00, pelanggan boleh menikmati nasi putih dengan 3 @ 4 jenis lauk sepuas-puasnya dan segelas air
Ada lagi syaratnya. Selepas selesai makan, pelanggan perlu membasuk sendiri pinggan yang mereka gunakan tadi.? Konsep ini samalah seperti kita makan dirumah sendiri.
Buat mereka yang terlupa untuk membawa IC dan yang bukan warganegara (Non Resident), mereka masih boleh menjamu selera di restoran ini dengan kadar bayaran sebanyak RM6-00 seorang.
Restoran Malaysia Negara Ku beroperasi di Seksyen 7, Shah Alam dan telah memulakan operasinya sejak hari pertama Ramadan.
Selepas ini, tentunya ramai yang boleh berbuka puasa diluar bersama rakan-rakan @ ahli keluarga dengan harga yang cukup budget jika dibandingkan dengan harga berbuka puasa di Hotel yang sememangnya mahal.

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...